The power of Arip's wide angle lense
us R-L: Wani, Si Boolat, Fan
Final Attackers L-R: Indra, Joneh,Widi, Andri, si drummer, Ihsan
Happiness, pada aku mungkin sesuatu yang mudah untuk dicari, tapi bukan mudah untuk dikecapi.
Aku percaya itu.
Dalam hidup aku, akan selalu ada satu fasa, di mana aku akan merasa sangat-sangat bahagia. Tapi perasaan itu pula akan selalu diikuti dengan incident² yang mencabul terus kebahagiaan itu dari aku. Dan aku perasan juga, yang kalau aku merasa bahagia, kekalnya tak lama. The last time that I think was the happiest moment for me was how ‘Dia’ would stroke and smell my hair everytime before he sleeps. Aku tak tau apa perasaan itu sebenarnya. Kami pada waktu itu tidak bercakap sepatah pun, tapi bahagianya… out of body experience.
Perasaan yang aneh. Aku mahu menghentikannya, tapi aku tak bisa.
Ah! kisah lama, boss.
Dua minggu yang lalu, kehidupan aku yang bosan ini telah diwarnakan kembali. Perasaan itu bukanlah perasaan macam yang aku rasakan dengan Dia, tapi ia cukup untuk buat aku bahagia sekali. Semuanya gara-gara kedatangan anak-anak band hardcore dari Jakarta, yang ke sini untuk berkongsi musik dan idea mereka. Kesemua mereka yang aku kenal – Indra, Andri, Joneh, Widi & the drummer (sorry dude, I forgot!), Rahman dan Acha – bermalam selama seminggu di rumah si F. Selama mereka di sana, kami banyak bercerita. Dan antara yang paling aku ingat, adalah perbualan aku dengan si Joneh dan Rahman. Mereka berdua ini, somehow, lebih senang untuk didekati (mendekati aku), berbanding yang lain-lainnnya, yang tampak lebih...hmm...pasif untuk memulakan perbualan.
Aku ingat satu ketika bila aku turun ke tingkat 5 rumah si F untuk minum (er, kat rumah F di tingkat 5, ada satu mamak yang buka 24 jam). Di sana aku terserempak dengan mereka semua tapi mereka duduk bersama dengan anak-anak band yang lain, membuatkan aku jadi kaget untuk menerjah masuk. Kekok rasanya. Sebagai seorang Gemini, aku memang dilahirkan peramah dan pandai gaul, tapi entah, malam itu aku malas.
Jadi aku duduk sendiri. Di meja yang lain. Sampoerna hijau di tangan kiri, teh o' kosong panas di kanannya.
Tak lama selepas tu, aku nampak kelibat si Joneh. Yang kurus, yang tinggi, yang berkulit cerah, yang bertatu dan juga yang sangat up-and-coming sketch artist. Bersahaja dia menegur aku, dengan muka goofynya. Joneh tanya kenapa tak sertai mereka semua. Aku tipu kata aku tak perasan dan aku serabut dengan kerja (ini betul boss, sebab aku balik kerja pukul 12 malam tu). Anywhoo...Joneh memulakan perbualan. Dia cerita tentang gig mereka di Ipoh malam sebelumnya dan macam² la.
Tapi dalam banyak² tu, aku paling ingat cerita tentang seorang perempuan, yang Joneh kagumi. Jangan silap boss, si Joneh sudah berpacaran. Perempuan yang Joneh ceritakan tu bukan awek dia, yang dia jumpa di satu kelab di Jakarta. Perempuan tu mabuk. Terlampau mabuk sehingga perempuan ini introduce dirinya empat kali (facts: drunk women=horny women). Empat tahun selepas pertemuan di kelab, si Joneh terjumpa perempuan ni di MySpace. Joneh tinggalkan private message, itu pun sebab dia suka dengan caption di gambar perempuan ini yang sangat gerek sekali. Perempuan tu balas, menandakan dia masih ingat pada Joneh. Mereka berbual di telefon selama 12 jam dan ketemu beberapa kali. Dan Joneh, terus terpaut dengan kegilaan, kepelikan dan kepandaian perempuan ni. Kata si Joneh, dia jatuh cinta pada soul perempuan ini, bukan seksualiti-nya. Dan dia tidak pernah langsung inginkan sex or anything else with her. In Joneh’s own words “I admire her”.
“Wow. Si Joneh ini bukan sebarang,” hati aku berbisik.
Aku kata begitu, bukan sebab apa. Tapi aku memang kagum melihat Joneh. Kebolehan dia mentafsir kecantikan manusia dari lubuk paling dalam itu bukan sesuatu yang dimiliki setiap orang. Tambah lagi zaman ini yang kebanyakannya bergantung pada sifat artificial untuk mencapai apa pun. Aku sendiri kadang² tergelincir, mengagumi mereka yang chantek dari luaran (oh heck, look who's talking!). Dan aku akan selalu teringat cerita ini tentang Joneh. Dalam masa satu jam, dia sudah redefined arti apresiasi. Untuk kamu menghargai sesuatu, ia tidak perlu cantik pun. Ia hanya perlu cerita atau sejarah (good, bad or worse, regardless) yang berbaloi untuk diingati dan untuk kamu berikan makna yang tersendiri. Simple as that.
Tapi cerita si Joneh ni bukan sahaja berbaloi untuk aku ingati. Lebih penting, pada aku, ia selalu buat aku tenang dan tersenyum sendiri tatkala aku down memikirkan bagaimana judgmental-nya manusia.
Hmm...Perasaan yang aneh. Aku mahu berhenti mengagumi Joneh, tapi tak bisa, beb.
Thanks for the lesson Joneh! Missin’ ya already.
TO BE CONTINUED...