september 21, 2010
3:54pm
ada banyak perkara yang aku tak ceritakan pada orang. sebab pertama, aku rasa ianya tidak perlu. dan kedua, nobody cares. seriously. aku selalu fikir, dalam dunia ni, siapa yang aku boleh ceritakan semua apa yang aku rasa? dan jawapannya tiada. even pada honey aku, aku tak boleh ceritakan semuanya. kenapa? sebab aku sendiri rasanya tak sanggup mendengar semua masalah orang, jadi kenapa perlu orang mendengar masalah aku? kalau aku tak boleh tahan, apa yang buat aku fikir yang orang lain boleh tahan mendengar masalah aku?
jadi ini amat menyedihkan. bila kau ada terlampau banyak perkara yang ingin kau kongsikan sama teman atau partner kau, tapi pada masa yang sama, kau tak boleh harap untuk mereka betul-betul faham. jadi in the end, kau terperangkap dalam masalah kau sendiri. dan masalah itu akan duduk berlumut di dalam kepala kau. dan aku rasa ini punca kepada semua yang gelap dan buruk di dunia ni. murderers, suicidal behaviour, rapists. mereka ini semua ada satu perkara di dalam diri mereka yang tidak boleh dikongsi dengan sesiapa pun, jadi akhirnya, yang gelap itu menular keluar dari diri mereka, tanpa sesiapapun boleh menutupinya. dan saat bila kita mulai sedar itu, semuanya dah terlewat.
atas alasan itu, aku berani berkonfrontasi. i speak my mind dan aku sememangnya tidak akan boleh jadi the talented mr ripleys. but of course i'm no saint. tapi aku sebolehnya cuba, untuk gradually lepaskan segala rahsia aku satu persatu pada orang yang aku benar-benar percaya, bila sampai waktunya. dan aku tak beritahu segalanya pada satu orang sahaja. geng A, akan tahu sesuatu tentang aku yang tidak ada seorang yang lain pun tahu. begitu juga geng B. dan C. atau D. rahsia juga satu harta pada aku. amanat yang aku yakin bakal jadi berguna pada orang-orang tertentu dalam hidup aku, bila aku dah tiada nanti.
jadi inilah cara aku jalani hidup ini sekarang. aku akan sayangi mereka yang aku mahu sayang sampai aku mati. aku akan sayang segelintir golongan lain yang bencikan aku. aku juga ada benci pada mereka yang dah lukakan hati aku dan yang tak mahu menerima maaf aku. aku akan cuba think highly of everyone dan pada mereka yang pernah berbuat baik pada aku, percayalah aku tidak mudah lupa tentang perkara-perkara begini.
lagi fakta, sesetengah orang rapat dengan adik beradik mereka, tapi ada sesetengah yang lain merasakan mereka tidak perlu untuk bercakap pun sama adik beradik mereka. ada orang suka bercakap, ada yang lain lebih suka diam. ada yang sayang mak ayah mereka, dan ada juga yang bencikan parents mereka sendiri.
jadi, ini aku. kamu mungkin tak setuju atau tidak suka pada cara aku tapi inilah dia yang aku suka. dan inilah dia yang aku tak suka.
aku wujud di kalangan kamu semua dan aku berbeza.
p/s: aku perlu berterima kasih pada mathematics and those who have taught me passionately about the subject. it is the most and the only subject that changed my life, apart from english. kalau kamu bijak, kamu tak akan ketawakan aku tentang hal ini. :)