jadi dua hari lepas, aku bercuti. hari terasa panjang, bila kau hanya di rumah. maaf, aku ada life, aku cuma choose untuk berada di rumah.
anywho, sepanjang aku di rumah, aku sempat (obviously) untuk reflect diri sendiri. especially, tiga tahun kebelakangan, dari aku mula grad sampai sekarang.
oh, perubahan adalah satu understatement ya. perubahan buruk atau baik, itu persoalan yang lebih tepat.
dan yang pasti, perubahan adalah nyata dan ianya perlu.
maka aku adalah salah seorang yang dah berubah itu. aku berubah, tapi masih sama. aku masih benci almost kesemua band di MTV. aku masih benci orang-orang hipokrit dan masih benci diri aku sendiri yang terpaksa hipokrit tentang banyak benda. dan aku masih lagi tidak kurus.
tapi aku sekarang, lebih faham bahawa, dalam dunia ni, istilah best friend hanya rekaan movie directors dan hebahan media semata. aku dah buktikan yang rebel is the only way to freedom of mind and soul. boss lama aku dah berhenti, dan aku masih tegak di sini. boss baru nampaknya memberi pandangan² kagum pada aku. dalam hati aku kata "you just met your new enemy!". aku percaya, mimpi aku akan jadi nyata, as long as i don't (just) talk about it. aku juga sedar, sekatan spiritual aku kebanyakannya disebabkan oleh satu benda, yang ada tercatat dalam IC aku. er, lagi, aku tak kisah jika orang benci dan tinggalkan aku, walau tanpa sebab. aku hanya akan anggap, orang yang tinggalkan aku itu merugikan. pada setiap manusia yang aku berhubungan pula, aku akan pastikan aku minta maaf untuk setiap kesalahan yang aku perasan, dan jika kesalahan aku ni boleh memudaratkan. jika pilihan yang kita ada memudaratkan, dan dengan membuat pilihan itu kita boleh lenyapkan semua yang kita sayang dan takkan boleh dapatkan semula, maka, tipulah jika perlu. ini hipokrit? ya. ini memang hipokrit, cuma, tujuannya berbeza.
mungkin kau belum yakin itu, sebab kau tak pernah cuba. tapi aku dah dan aku pasti apa aku cakap ini cuma logik. cuma datang dari otak yang actually, berfungsi dengan amat baik, despite how people patronises me.
jadi hari ini, aku masih tidak puasa macam tahun² lampau, tapi aku sudah berubah.
mungkin kau belum yakin itu, sebab kau tak pernah cuba.