Berjaya!
Ada aku kisah benda ni outdated?
Pada harga 50% lebih murah daripada market price, this is my kind of diamond in the well.
Warna dia fuschia, ok?
Biadap
"Tak ada apa yang special pun gambar² ni. Ada gambar gelap, ada bergoyang, so akak still nak print semua ke?" kata Budak bermulut lancang, bangga.
Aku sambil melihat negatif filem, tersenyum sinis dan membalas "Are you a photographer?"
"Er..Tapi saya dah lama kerja kedai ni" Budak bermulut lancang, defensive.
Aku senyum lagi. "Saya tanya awak sekali lagi, kali ni dalam bahasa me-layu, awak seorang tukang tangkap gambar ke?"
"Tak" Budak bermulut lancang menjawab, tewas.
Sejurus selepas aku dah confirm untuk print gambar² tadi dan sebelum aku berambus dari kedai tu, aku sempat berpesan secara 'baik' (*kalau ini movie si Quentin, aku dah lama ambil pedang dan belah kepalanya*) pada Budak bermulut lancang:
"Dengan client, jangan sesuka hati bagi comment kalau diorang tak mintak. Pendapat awak tak penting langsung pada diorang. Dan lagi, apa yang tak special pada awak, mungkin special pada photographer tu. Bekerja di kedai foto tak menjamin langsung yang awak tahu tentang fotografi. Untuk seorang yang bertudung, saya sangat amazed dengan awak yang tak ada clue langsung tentang adat bersopan. If you talk less, then maybe you can get your job done and make your customer happier"
"Er, ok..sorry" Budak bermulut lancang, sekali lagi, tewas.
(*menoleh dan tersenyum, puas*)
Percayalah, ramai lagi orang macam ni kat luar sana, beb!
Bachelorettes
Seorang teman bakal meninggalkan negara ni sejurus selepas dia berkahwin.
Terus-terang, aku tak sedih sebab dia nak tinggalkan Malaysia ni. In fact, aku memang galakkan dia keluar dan pergi sejauh mungkin dari negara yang membosankan ni.
Aku cuma sedih, mengenangkan betapa Cinta selalunya memerlukan satu pihak untuk berkorban lebih banyak daripada yang lainnya. Teman aku itu sanggup meninggalkan negara, keluarga, the gangs, ubah gaya hidup, dan berhenti kerja, atas nama Cinta, beb. N pada aku, is a true warrior. Gamble everything, and hope for the best.
Aku hanya harap bakal suaminya betul² sedar dan appreciate apa yang teman aku ni dah korbankan, and count his blessings. N, kalau bakal suami kau lupa, sila ingatkan dia!
Itu bukan mengungkit. Itu, ubat anti-pelali untuk manusia² yang mudah lupa!
Crucify the insincere, tonight!
Unborn
Duit, bukanlah satu ciptaan yang baik untuk manusia. Sama macam MTV. Sama macam Hollywood. Sama macam Starbucks. Sama macam Mat Rempit. Sama macam trafik jam. Sama macam tempat aku kerja. Sama macam orang2 di tempat aku bekerja. Sama macam Raja Lawak. Sama macam orang yang tak mengenang budi. Sama macam orang berlagak. Sama macam burung yang suka berak merata. Sama macam semua benda yang buruk yang aku atau kau boleh bayangkan.
Benda yang baik pula adalah Cash Converter, rojak dan cendol Jalan U-Thant, mee mamak Farzana, megi goreng tingkat 5, kawan2 normal yang faham dan appreciate friendship, kawan2 pecah yang ramah dan bebas, barang2 mainan antik, kamera2 lama, baju2 old school yang murah, buku2 yang ditulis oleh orang2 di bawah pengaruh substance yang kuat, musik2 punkrock ambient psychedelic folk anti-folk rock&roll intelligent classical baroque, movie2 P.Ramlee, movie2 dari France, bilik yang penuh memori dan art, wajah2 yang tidak tipikal, style pakaian yang pelbagai, gambar2 lama mama dan papa, adik aku sedang bermain piano, orang yang sedang menangis, orang yang sedang in love, orang yang sedang depression, orang2 yang boleh di bawa berbincang, teman2 yang boleh di ajak berbual, stranger yang memuji stranger, Paris, eu de parfum, lelaki yang harum, lelaki yang humble dan pakai boxer, stranger yang menolong stranger, stranger berbual di atas kerusi sambil tunggu lrt dengan stranger, hujan renyai2 yang sejuk, air kopi hitam pekat, dan mereka yang pernah hidup di zaman 1940-an.
Ternyata aku dilahirkan di satu tempat dan zaman yang salah.
Oxytoxin
Al-kisah..
Malam tadi, lepas dinner. Aku pulang ke bilik dan mengelamun panjang. Sambil melihat Pink-Blackbird itu. Macam² aku dah bayangkan. Dan aku dapat rasakan yang Pink-Blackbird ni lah freedom aku. Si kenit berlensa dua ni lah yang akan bawa aku ke dunia yang orang lain tak pernah tahu. Biarpun ia tak semudah dan secanggih kamera lain yang tergantung di leher² sang trendy, di luar sana. Biarpun aku kene mula beli film dan process macam kamera dulu². Biar orang kutuk dan memperlekehkan. Ada aku kisah?
Ok, aku mungkin kisah pasal satu benda.
Aku takda scanner nak upload semua foto² tu dan letak di sini. Teknologi hanya bagus untuk orang yang berduit, damn!
Let Me Be
Aku sangat bosan dengan perangai manusia. Aku sangat bosan dengan perangai aku. Aku hanya seorang manusia yang bosan.
Sebab itu bila seorang teman baru dapat berkongsi ilmu dan cerita tentang kamera Blackbird Fly yang aku bakal dapat esok, aku jadi sangat tidak hirau tentang perkara lain. Maaf, kalau aku bukan seperti seseorang yang orang lain selalu harap aku akan jadi. Sebab sebetulnya, aku bukan saja tidak boleh jadi macam yang orang lain mahu, aku sendiri tak mahu jadi diri aku buat sementara waktu ni. Jangan harap untuk aku takut atau mengiyakan apa yang orang lain mahu aku percaya, sebab aku tidak langsung percaya pada sesiapa pun saat ni. I am so over being pushed.
Aku hanya mahu jadi orang lain, yang tidak hirau tentang apa pun. Pada aku, dunia yang terbaik adalah dunia ciptaan aku sendiri. Dan dalam dunia yang lain itu, cuma ada art yang quirky. Musik yang bingit, bingung tapi intelligent. Orang² yang bebas dari undang² typical society. Cinta yang tak terbatas. Setiap manusia bebas ber-individuality tanpa perlu risau akan judgement. Tiada lagi perang atau pertelingkahan sesama sendiri. Air crystal yang intoxicating adalah air kosong kami di sana. Manusia dari zaman hippies dan film noir adalah hantu-hantu yang hidup kembali. Rumah setiap kami adalah rumah setiap orang. Lonely souls pula adalah god.
Biar aku macam ni.
Hollow Wanders
Baju sendat putih, tak berlengan, seluar skinny biru terang, tali pinggang hitam di bawah paras dada tapi atas sikit daripada pinggang, kasut ballet flats hitam, rambut ber-fringe di dahi, paras bahu lepas bebas dan semestinya, badan gemuk.
Imej itu ternyata boleh membuat ramai orang menoleh. Mungkin mereka fikirkan 'Horror gila!', or 'Confident-nya dia!' or whatever.
Manusia memang judgmental. Sama macam aku yang selalu fikirkan apa yang orang lain fikirkan bila mereka pandang aku.
Momentary Lapse
Goosebumps, akibat cuaca sejuk ciptaan man-made. Anxious, pada masa dan Dia. Takut, pada perasaan sendiri dan own ability to bounce back. Paling benci, past lives menghantui. Serabut, menggambarkan imej² tentang apa yang bakal terjadi. Tenang, bila mengenangkan yang it can't be that bad. Lega, bila ada lebihan si Russkov. Lega, duit masuk Sabtu. Excited, untuk beli Blackbird. Catch-22, ditelan matiku, diluah pun matiku. Beri, aku sebab untuk teruskan. (God, this one's for you!) Mahu, hidup macam aku akan mati besok. Terpulang, pada aku. Jangan, gagal pada fear. Never, stop trying. Use, what's been given to you. That's all you can do.
si.boolat
Rasanya macam kau nak dengar mp3 kegemaran kau, tapi mp3 tu dah corrupt.
Semakin ramai blogger yang dah MIA.
Oh, come on!!!!
Σ
E-mel Berani Mati
xx,
I don't think I need to sign the paper. xxxx's rectification paper doesn't require him to sign. Why should I? All this while I've been doing all the donations paper and whatnot, I never get to sign under "Prepared by", as a matter of fact you get all the credit for other people's work by signing under "Prepared by" when it is prepared by somebody else. I don't appreciate that you're trying to get me to sign and put me to blame, in this matter.
(si.boolat)
Sial.
"Kalau aku nak rogol perempuan, aku akan pilih yang cun², body slim² ajer" kata Pakcik Tua bermisai tebal yang hodoh, lantang.
Aku lalu di sebelahnya.
"Bukan macam tu" si Pakcik Tua yang sial dan tak sedar diri menyambung, sambil ekor matanya memandang aku yang berjalan terus ke lif.
Aku naik lif, tersenyum membayangkan Pakcik tua tu kene langgar dengan lori bawa babi kejap lagi.
Holier Than Thou
Aku tak perlukan kamera yang mahal atau canggih, untuk rakamkan memori dan berikan aku satu perasaan best, macam pagi itu.
Ditemani pula dengan bunyi²an khayal Saycet, pemberian seorang anjing liar yang sensitif hatinya, momen² yang aku alami saat itu jadi terlampau..
Holy.
Ain't nobody can touch this one.
Everything Changes
*Sila rujuk entri dan disclaimer 'The Bad Stuff #3' untuk faham apa yang aku cuba sampaikan:
P called. Exactly, after I hit 'Publish Post' of 'The Bad Stuff #3' entry.
The fact that he called, changes everything - I will NOT stay in my room tonight.
And Papa, I love you. I'm sorry, that I'm such a failure to you and Mom.
Dan Tuhan, kau memang suka test orang kan? Hehe. Memang kau kelakar.
The Bad Stuff #3
Today is Friday night. The night that many, like me, awaited most.
Tapi sumpah, selepas berbual dengan Papa aku tadi, aku tak rasa nak buat apa pun. Semua idea dalam otak aku untuk have fun malam ni terus padam, macam sebuah pc yang crash.
In fact, malam ni selepas pulang dari tempat-kerja-mewah-yang-tak-membantu-langsung-ringankan-beban-aku, aku hanya mahu berkurung dalam bilik dan tidur sampai besok pagi. Sambil hati aku menangis.
Tiada apa yang maha tentang Tuhan! Tuhan adalah kejam dan tak adil langsung!
Disclaimer: If one person talks/sms/calls me tonight and say everything will be okay, I will get up and get out from my room.
Addicted to L
♥♠♀
Aku lihat orang lain melakukannya dengan mudah sekali. You know, in and out of love. Break hari ni, malam nanti, jumpa somebody else di kelab atau di social networking website, ngedate, bawak pulang ke rumah dan terus - hook up.
Maaf. Harga cinta dalam hal sebegini, umpama harga ikan di pasar borong. Murah, dan terlalu pantas. Kalau Cinta adalah separuh, maka Waktu patut menjadi separuh yang lain, yang melengkapkan Cinta.
Oh look who's talking now!
Aku pernah juga rasa ingin berkahwin dengan seseorang yang aku baru kenal selama 5 minit, satu masa dulu. Merana, 6 tahun.
Itu dulu, beb.
Now, I understand why fast is bad. So go slow mo! (slowmovement)
The Good Stuff #9
The Bad Stuff #2
The Bad Stuff #1
Rare Tuna
Dia.- Ringgit dan budget.
- BONUS.
- FD accounts, ASB, apartment, interior deco...
- ...macbook, streamyx, vinyl, furnitures, books, canvas, acrylic paint..
- Berhenti kerja.
Dia.- Laundry.
- Buzzcocks.
- Meditate.
- Papa's message.
- Mom's food.
- Melukis macam Carrie Chau (carik link di sebelah kanan)
- Kawan² lama.
- Cycle to work.
- Masa depan.
- Run away.
- Cuti hujung tahun.
- Kawan² baru.
- Party.
- Blanket.
- Melbourne.
- Read.
- Paris.
- Kurus.
- Pain on right fingerthumb.
- Maggi goreng campur.
- Time reversal.
- Tape writer and moleskin.
Dia.- Coldplay - Trouble
- Learn French.
Beritahu dia.