The Good Stuff #6
I never understood before
I never knew what love was for
My heart was broke, my head was sore
What a feeling ~~
- myself, singing and stuck in reverse with Aqualung's "Brighter Than Sunshine"
Rintik
I've been watching the world from afar
The Hardest Part
'cahaya bingit kota' by luna(tick) @ seremban, 22/09/2009 (via sony ericsson 660i camera phone)
Perasaan yang aneh bila, kau lihat sesuatu dan kau mahu rangkul ia agar dekat dengan kau tapi..
'cahaya bingit kota II'
...kau tak bisa, atas nama 'rules' yang kau sendiri tak tahu siapa yang ciptakan.
'cahaya bingit kota III'
Macam Si Wadysaw Szpilman dalam wayang The Pianist - yang hanya mampu menggerakkan jari-jemarinya tanpa menyentuh kekunci2 piano tua, sambil membayangkan alunan orkestra di dalam kepalanya sahaja. Perasaan yang terperangkap itulah yang aku rasakan sekarang.
And there's fucking nothing I can do about it. Unless, well I fuck the rules. Oh boy!
I'll Put A Spell On You
"Kau melastik bintang, Seth" kata si A, lemah tanpa harapan, pada satu majlis di rumah teman yang aku kenali dari seorang teman lain.
Aku saat itu, tak banyak berkata-kata. Cuma mata aku yang sekali-sekala, mecuri pandang keliling kawasan yang tampak tipikal itu, dengan harapan agar ada sesuatu yang lebih menarik dapat mengalihkan pemikiran aku daripada isu ini - isu, yang aku dah lama berkecimpung, yang aku dah banyak kali hilang kepercayaan terhadap banyak benda kerananya. Tapi masih, hingga kini aku gagal cari apa kesudahannya kepada apa yang aku lalui sekarang. Atau mungkin, perkara ini memang tiada penyudahnya. Macam roda. Sekali di atas, sekali di bawah (atau lebih tepat lagi untuk aku ialah sekali di atas, sepuluh kali di bawah). Dan ia akan berulang sampai selama mana yang ia mampu.
Tapi aku tidak menidakkan kata si A tadi. Memang, aku selalu mahukan perkara yang paling mustahil (dalam terma masyarakat). Seorang lagi teman juga penah menyatakan perkara yang maksudnya hampir sama. "You aim for sky high, while others would just settle for less". Aku tak pasti kalau itu perkara yang baik, atau hanya pengganda dua masalah untuk aku. Yang aku tahu, aku ni mungkin bukan manusia yang spoilt dengan choices. Aku beli juga pakaian bundle. Baju paling murah pernah aku beli ialah t-shirt mars attack yang harganya cuma RM3. Aku tak pakai tas tangan si Coco Chanel atau Hermes Birkin (maaf, ejaan tepat produk berjenama bukan kepakaran aku). Aku pernah juga naik turun bas macam proletariat yang lain. Cuma mungkin, aku adalah seorang yang spesifik. Dalam kebanyakan masa, aku ada projekkan imej di dalam fikiran aku dan selalunya juga, bila masa sudah tiba, imej2 yang aku bayangkan itu aku berjaya dapatkan dalam genggaman. Literally. Tanpa aku tahu macam mana aku dapatkannya.
Kereta (pertama) aku misalannya. Aku dah bayangkan imej tu sejak dari MMU lagi. Aku cuma imagine warna (hitam itu perillys!), no pendaftaran (birthdate aku semestinya) dan perasaannya (terharu). Itu imajinasi sejak tahun 2001. Dan aku hanya mampu untuk mendapatkan, sebuah kereta MYVI hitam, dengan no. pendaftaran WRE 5025 (birthdate aku, disongsangkan.dan ini ialah running no., bukan dibeli) pada tarikh 8 May 2008 (bulan birthday aku). Itu contoh paling dekat yang aku boleh ceritakan sekarang. Ada banyak lagi yang tidak hanya melibatkan objek2 kebendaan, tapi juga manusia. Dan sekarang...aku mahu semua tahu yang hanya ada satu imej dalam kepala aku. Siap dengan baunya. Susuk badannya. Gelak tawanya. Imej ini tak pernah muncul dalam mimpi2 aku sebelum ni. Imej2 ini hanya muncul setelah aku kenal dengannya yang cahayanya benderang bagai matahari baru terbit.
Maaf, aku tak boleh terangkan dengan lebih lanjut. Ia menyakitkan.
Menyakitkan sebab ini juga kali pertama yang aku rasa, imej2 dalam kepala otak aku ni semacam mustahil untuk diwujudkan di dunia nyata.
Oh aku harus mula melastik benda selain bintang! Er..bagaimana dengan bulan? not seeing is believing
Imagine this: Konsep permainan ini ialah what you choose, is what you get. Aku tunjukkan dua tapak tangan aku – satu telapak di buka dan ada duit 50 sen di atasnya, dan satu lagi tertutup – nah, mana yang kau akan pilih? Mana satu yang kau rasa lebih besar habuannya?
Tak perlu fikir panjang. Percayalah, selagi, kau tak nampak apa di tangan yang tertutup itu, selagi itulah nafsu dan psychology kau akan kata “pilih yang tutup”.
Sama sebabnya kenapa aku mahu terus hidup. I just have to find out where and how my life ends. It's just more interesting than quitting, ya know?
Walaupun kebarangkalian untuk tangan yang tertutup itu tak mengandungi apa-apa tetap ada.
Bodoh neh!
cinta aku di gudang, bersama anjing² liar dan basikal.
...mereka telah ubah secebis sesuatu dalam diri aku.
Momen² dalam gambar ini buat aku merasa bertuah.
Bertuah dapat mencuri sedikit kegembiraan dalam hidup mereka untuk buat diri aku merasa bahagia. Bahagia, satu perasaan yang kau takkan dapat bayar dan cari maknanya dengan harta kekayaan.
Punkrock atau tidak, mereka semua tetap manusia. Dari gambar ini saja, mungkin kau tak nampak yang mereka ini semua juga punya masalah kerja, masalah keluarga, masalah pacaran dan konflik diri. Tapi mereka tak pernah biarkan masalah jadi alasan untuk berhenti hidup.
Kebebasan pada zaman ini pun, tidak lagi mudah. Kerap, kau perlu bertarung sehabis mati untuk mendapatkannya. Namun bagi anjing-anjing liar seperti mereka, kebebasan adalah percuma kalau kau tahu di mana ceruknya kebebasan itu terletak...dan bagi anjing² liar ini, kebebasan pada mereka berupa kerangka besi berwarna-warni yang bergerak.
Tak sabar rasanya menjadi anjing liar.
*Foto² dari lensa Sony Ericsson 660i: Tarikh Oktober 1, 2009 - The Wild Dogs, sebelum mereka meninggalkan Kuala Lumpur untuk menjajah secara berbasikal ke Melaka.
Thom Yorke, in the making.
5 months, 6 kilograms, and growing.
A smart kid this one. He first learnt to hold the milk bottle at the age of 3-months old. And I'm just his proud punkrockin' aunt.
Soon enough I'll teach you your first chord, kiddo.
Don't Leave
Aku tak pasti dari mana atau bagaimana dia datang pada aku (atau aku datang pada dia?)
Yang aku tau, selepas sekian masa mengenali dia, aku belum sempat lagi untuk rasa menyesal dan aku tak rasa aku akan menyesal pun sampai aku mati.
I swear, kalau aku screw up lagi benda² yang baik dalam hidup aku, dan sakiti hati dia sampai dia hilang, macam yang aku buat pada ramai orang...aku akan... I swear!


.jpg)
