Seth Bukan Jewish

Jamban Tingkat 12, Menara A****

Sial. Setiap kali nak masuk new year, or even on the eve of new year’s eve itself, aku akan selalu cuak. New year’s eve day adalah hari yang paling berhantu buat aku selepas tarikh 7 May (different story altogether). New year, adalah hari yang mendefinisikan semula diri aku kepada yang sekarang ni. Macam kata si Beverly dalam Riding in Cars with Boys, “One day can change your life. One day can ruin your life. All life is is three or four big days that change everything.” Dalam kes aku, aku tak perlukan satu hari pun sebenarnya. Benda yang berlaku dalam masa kurang separuh hari, di malam new year 2003 keramat tu, dah cukup nak buat aku gila. Hanya berbekalkan RM30, bersama diri aku tanpa kawan² lain, dan er… cinta, aku kembara dari Melaka ke Jalan Belakang yang malap di KL. Malam itu, seperti kebiasaan setiap tahun, berlangsungnya parti penuh dosa buat anak² muda (dan tua) yang masing² mencari arti hidup atau hiburan buat mereka sendiri. Ah, dosa, pada aku tak penting langsung masa itu. Aku hanya mahu ketemu Dia. I only need to see his face, and nothing else would matter. Dari jauh, kedengaran sudah hiruk-pikuk musik bising dan celoteh manusia. Ada yang mencuit, mengusik, menegur aku yang membawa backpack 40 litre dengan kasut lusuh Converse ni. Tapi pelik, aku sikit pun tak rasa janggal seorang diri di situ. Aku terlampau tak peduli dengan benda lain. Selagi aku tak face on dengan Dia, benda² yang lain tu terlampau remeh untuk aku. Ternyata the power of dreams itu sangat real. Walaupun tak berjumpa Dia di Jalan Belakang tu, aku sempat berhubung dengan Dia. Dia tak dapat hadir malam tu. For some reason. Tapi Dia ajak aku bermalam di rumahnya. Aku ulang: Dia ajak. Pesan sudah disampaikan pada temannya si Al** & Yu** dan mereka inilah manusia² yang aku tak pernah lupa sebab sanggup tumpangkan aku ke rumah Dia di S7, S.Alam. Tanpa Al** & Yu**, new year mungkin sekadar satu lagi hari yang tak beri apa² makna buat aku. Di dalam kemabukan Al** & Yu**, berjaya juga mereka bawa aku sampai ke rumah nombor 404, yang sangat mustahil tuk dilupakan tu. Aku ingat lagi, dengan setiap letaknya kaki aku di setiap anak tangga (yang maha banyak itu) tuk sampai ke tingkat 4, jantung aku makin deras berentak. Kacau aku dibuatnya. Ye lah, nak jumpa orang spe-sial memang macam ni. Sampai aja di hadap rumah 404, aku termangu. Membayangkan bagaimana lah rupanya. Bagaimana riaknya. Gelak ke Dia. Masam ke mukanya. Yu** mengetuk. Pintu pun terbuka. Yang aku lihat di depan pintu ternyata bukan Dia. Ketinggiannya tak mencukupi dan raut wajahnya agak nakal dan tiada berambut. Tak macam Dia, yang tinggi (pada aku) tapi tidak terlampau konfiden, rautnya senantiasa kelihatan seperti seorang pemikir, dengan rambutnya kusut, tapi tak pula berbau. ‘Cantek’. Itulah Dia yang aku puja². Dan kemudian, pemikiran aku terhenti. Raut yang aku harapkan muncul juga. Lagak seorang askar perang yang baru aja mendapat berita tentang berakhirnya perang, aku lepaskan penat lelah aku (sendiri, dalam hati). Hidup kembali bercahaya, walaupun tempat tu agak gelap. Atau mungkin juga cahaya itu datangnya dari dapur rumah Dia, tapi ahh, Dia tetap bercahaya. Aneh. Aneh. Aneh. Man, this hurts. Aku tak mampu lagi ceritakan selebihnya secara detail. Tapi, cukup sekadar aku kata, malam itu, malam paling indah dan paling buruk yang pernah aku lalui. Time aku sedang menulis ni, aku baru aja lepas bermimpikan sesuatu yang mengerikan. Lebih mengerikan dari kematian. Dan sekarang ini, aku juga sedang duduk mengadap monitor, di CC kepunyaan Dia. Aneh. Dia, memang sial. Dia memang agung. Dia-lah pembolehubah aku. Dia imperialist, kawasan jajahan aku. “Apa yang Dia dah buat sampai kau jadi macam ni?” Argh, jangan! Jangan tanya aku soalan² kasar macam ni bai!

Happyness to Pursue #2

Self-Made Stranger in KLPAC
"Frankly my dear, I don't give a damn"
Clark Gable as Rhett Butler in Gone With the Wind.
(Satu hari di di kaca TV rumah si F, video ‘Aku Di Mercu’ nyanyian Ayu One in a Million terpampang berkumandang)
Rahman: Huduh sekali penyanyinya… Aku: Haha…(Hey Labu! Cermin diri sendiri dulu, bole?) Rahman: Iya, selalunya penyanyi sok kayak gini, genetiknya bagus² aja Aku: Bosan la asyik tengok orang cantik je, kalau macam tu Rahman: Bener juga, hehe. Er…mercu tu, apa ya? Aku: Er…mercu tu, macam..puncak. Ye, puncak. Rahman: Oh.
(Di suatu perbualan yang lain, kami mengangkat perbualan ke satu tahap yang lebih kasar. Topiknya, depressing belaka. Suara Rahman, tak bermaya)
Rahman: Kamu tau Madz, hidup ini bagai… Aku: Bagai apa? Rahman: Bila kamu terasa susah…sangat susah…itu maknanya kamu sedang mendaki, dan naik lebih tinggi Aku: (diam, fokus) Rahman: Dan bila masa kamu merasakan hidup kamu senang dan indah aja, maka, itu bermakna kamu sedang menjunam..hidup ini kayak mendaki gunung…kita selalu aja bertarung untuk sampai ke ‘mercu’. Aku: Heh…setuju!
(Bijak jugak kau ni Labu!)

Happyness to Pursue #1

The power of Arip's wide angle lense
us R-L: Wani, Si Boolat, Fan
Final Attackers L-R: Indra, Joneh,Widi, Andri, si drummer, Ihsan
Happiness, pada aku mungkin sesuatu yang mudah untuk dicari, tapi bukan mudah untuk dikecapi. Aku percaya itu. Dalam hidup aku, akan selalu ada satu fasa, di mana aku akan merasa sangat-sangat bahagia. Tapi perasaan itu pula akan selalu diikuti dengan incident² yang mencabul terus kebahagiaan itu dari aku. Dan aku perasan juga, yang kalau aku merasa bahagia, kekalnya tak lama. The last time that I think was the happiest moment for me was how ‘Dia’ would stroke and smell my hair everytime before he sleeps. Aku tak tau apa perasaan itu sebenarnya. Kami pada waktu itu tidak bercakap sepatah pun, tapi bahagianya… out of body experience.
Perasaan yang aneh. Aku mahu menghentikannya, tapi aku tak bisa. Ah! kisah lama, boss. Dua minggu yang lalu, kehidupan aku yang bosan ini telah diwarnakan kembali. Perasaan itu bukanlah perasaan macam yang aku rasakan dengan Dia, tapi ia cukup untuk buat aku bahagia sekali. Semuanya gara-gara kedatangan anak-anak band hardcore dari Jakarta, yang ke sini untuk berkongsi musik dan idea mereka. Kesemua mereka yang aku kenal – Indra, Andri, Joneh, Widi & the drummer (sorry dude, I forgot!), Rahman dan Acha – bermalam selama seminggu di rumah si F. Selama mereka di sana, kami banyak bercerita. Dan antara yang paling aku ingat, adalah perbualan aku dengan si Joneh dan Rahman. Mereka berdua ini, somehow, lebih senang untuk didekati (mendekati aku), berbanding yang lain-lainnnya, yang tampak lebih...hmm...pasif untuk memulakan perbualan. Aku ingat satu ketika bila aku turun ke tingkat 5 rumah si F untuk minum (er, kat rumah F di tingkat 5, ada satu mamak yang buka 24 jam). Di sana aku terserempak dengan mereka semua tapi mereka duduk bersama dengan anak-anak band yang lain, membuatkan aku jadi kaget untuk menerjah masuk. Kekok rasanya. Sebagai seorang Gemini, aku memang dilahirkan peramah dan pandai gaul, tapi entah, malam itu aku malas. Jadi aku duduk sendiri. Di meja yang lain. Sampoerna hijau di tangan kiri, teh o' kosong panas di kanannya. Tak lama selepas tu, aku nampak kelibat si Joneh. Yang kurus, yang tinggi, yang berkulit cerah, yang bertatu dan juga yang sangat up-and-coming sketch artist. Bersahaja dia menegur aku, dengan muka goofynya. Joneh tanya kenapa tak sertai mereka semua. Aku tipu kata aku tak perasan dan aku serabut dengan kerja (ini betul boss, sebab aku balik kerja pukul 12 malam tu). Anywhoo...Joneh memulakan perbualan. Dia cerita tentang gig mereka di Ipoh malam sebelumnya dan macam² la. Tapi dalam banyak² tu, aku paling ingat cerita tentang seorang perempuan, yang Joneh kagumi. Jangan silap boss, si Joneh sudah berpacaran. Perempuan yang Joneh ceritakan tu bukan awek dia, yang dia jumpa di satu kelab di Jakarta. Perempuan tu mabuk. Terlampau mabuk sehingga perempuan ini introduce dirinya empat kali (facts: drunk women=horny women). Empat tahun selepas pertemuan di kelab, si Joneh terjumpa perempuan ni di MySpace. Joneh tinggalkan private message, itu pun sebab dia suka dengan caption di gambar perempuan ini yang sangat gerek sekali. Perempuan tu balas, menandakan dia masih ingat pada Joneh. Mereka berbual di telefon selama 12 jam dan ketemu beberapa kali. Dan Joneh, terus terpaut dengan kegilaan, kepelikan dan kepandaian perempuan ni. Kata si Joneh, dia jatuh cinta pada soul perempuan ini, bukan seksualiti-nya. Dan dia tidak pernah langsung inginkan sex or anything else with her. In Joneh’s own words “I admire her”.Wow. Si Joneh ini bukan sebarang,” hati aku berbisik. Aku kata begitu, bukan sebab apa. Tapi aku memang kagum melihat Joneh. Kebolehan dia mentafsir kecantikan manusia dari lubuk paling dalam itu bukan sesuatu yang dimiliki setiap orang. Tambah lagi zaman ini yang kebanyakannya bergantung pada sifat artificial untuk mencapai apa pun. Aku sendiri kadang² tergelincir, mengagumi mereka yang chantek dari luaran (oh heck, look who's talking!). Dan aku akan selalu teringat cerita ini tentang Joneh. Dalam masa satu jam, dia sudah redefined arti apresiasi. Untuk kamu menghargai sesuatu, ia tidak perlu cantik pun. Ia hanya perlu cerita atau sejarah (good, bad or worse, regardless) yang berbaloi untuk diingati dan untuk kamu berikan makna yang tersendiri. Simple as that. Tapi cerita si Joneh ni bukan sahaja berbaloi untuk aku ingati. Lebih penting, pada aku, ia selalu buat aku tenang dan tersenyum sendiri tatkala aku down memikirkan bagaimana judgmental-nya manusia.
Hmm...Perasaan yang aneh. Aku mahu berhenti mengagumi Joneh, tapi tak bisa, beb. Thanks for the lesson Joneh! Missin’ ya already.
TO BE CONTINUED...

The Road Not Taken

The Younger & Much Older Robert Frost
Aku ingat lagi malam tu. Malam pertama kali aku berjumpa dengan si P. Mulanya sekadar bertemu untuk membeli zine yang dia karangkan sendiri. Tapi dari satu teguk air dan sebatang rokok, jadi bergelas² air dan berpuluh batang rokok, menyebabkan aku teringat banyak perkara penting yang kami bicarakan malam tu.

Salah satunya, macam biasa bos...tentang kehidupan.

Si P juga, lebih kurang macam aku. Kami pendukung hidup pessimist dan realist, yang mungkin kadangkala termakan dengan mimpi² indah ciptaan kami sendiri. Kami bencikan manusia² berprinsipkan morality untuk menentukan baik atau buruknya seseorang itu. Kami cintakan musik berat dan mengkhayalkan, yang tidak langsung difahami oleh kebanyakan orang. Kami gilakan kucing. Cuma dia lebih gemarkan kucing berbadan kecil yang aktif dan aku sukakan kucing gemuk yang malas.

Anywho, di dalam kami berbual malam tu, si P sempat menyelak jurnal aku yang aku bawa. Di dalam jurnal aku itu, aku ada catatkan satu artikel bertajuk "The Road Less Traveled". Kisah aku yang pada masa itu menempuh satu zaman kekeliruan, akibat Dia yang tinggalkan aku sendiri untuk jalani hidup ini. Selepas aja si P melihat tajuk itu, dia terus berbicara tentang seorang puitis agung, si Robert Frost, yang pula berpuisi tentang ini:

Two roads diverged in a yellow wood, And sorry I could not travel both And be one traveler, long I stood And looked down one as far as I could To where it bent in the undergrowth; Then took the other, as just as fair, And having perhaps the better claim Because it was grassy and wanted wear, Though as for that the passing there Had worn them really about the same, And both that morning equally lay In leaves no step had trodden black. Oh, I marked the first for another day! Yet knowing how way leads on to way I doubted if I should ever come back. I shall be telling this with a sigh Somewhere ages and ages hence: Two roads diverged in a wood, and I, I took the one less traveled by, And that has made all the difference.

Pada masa si P bercerita tentang puisi ini, dia tidak langsung ingat nama pengarangnya. Cuma yang dia mampu ingat hanyalah cerita di sebalik puisi ini, dan tentunya ayat yang berbaris "the one less traveled by". Jadi, kemudian harinya di ofis, aku terus google kan "road less traveled by - poem" and voila!

Robert Frost ini bukan sebarang manusia, fikir aku. Kamu tahu bagaimana sukarnya nak menggambarkan, dengan tepat perasaan kamu di dalam sebuah bentuk puisi? Aku sendiri, sebagai seorang penulis, menghadapi masalah ini setiap hari. Baik kerja, mahupun leisure. Kadang-kadang memang aku kene struggle nak mencari ayat yang paling tepat. Nak create mood, lagi satu hal. So, the fact that Robert ni mampu membuat aku bangun semula menghadapi dunia ni dengan penuh rasa...(think, think, think!)...(ahah!) enlighten sekali, cukup untuk menjelaskan pada aku kompleksiti daya pemikirannya. Apa-apa pun, puisi ini adalah sangat genius. Sebab dia juga bercerita tentang hidup aku sekarang.

Robert, you have no idea how many people you have changed with this poem!

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space