one day we will dance again II

GANTUNG @ GENTING
Kau faham apa perasaanya bila kau dah cuba segalanya dan korbankan bukan hanya wang, dan masa tapi juga kepercayaan diri tapi masih gagal gapai, kononnya, apa yang kau mau, kau impikan, harapkan... Dan agak² kau, apa perasaannya bila kau gagal dapatkan itu semua selepas kau pertaruhkan segalanya?
Kalau kau tak tahu (pfft!)... imagine this: cuba ambik pisau, dan dalam kesamaran cahaya bulan, toreh perlahan-lahan dada kau... dan muka kau, sedikit pon tak mencebik, sambil memandang gambar object of affection kau itu. Sebab kau sudah tak peduli lagi. Hati kau dah lengang. Jiwa kau dah hilang. Gara-gara kau curahkan segala raga pada satu impian yang dah musnah.
Itu dia, rasa seorang loser & manic depressive.
Itu jugaklah yang si K rasakan, pada aku, malam itu. Di depan lif, ketika aku nak mengiring si K pulang, dia menangis. Belum pernah lagi aku lihat dia begitu. Dia yang aku kenal selalu saja tertawa. Berlawak santai. Berperangai gila. Bukan macam malam tu. Mukanya kecewa. Semacam dia sudah tidak lalu lagi untuk teruskan hidup. Macam mana yang aku pernah rasakan lima tahun sebelumnya.
Aku ni tidaklah sepositif mana. Suicidal manner aku rasanya lebih kritikal berbanding si K. Aku tak tau mana datangnya segelumit positivity dalam diri aku yang sememangnya pessimist ni, tapi malam tu, aku tanamkan false hope, memeluk si K yang sedang menangis, sambil berbisik padanya "you'll be ok beb...you'll be ok".
Pada aku, aku harus lakukan itu. And I gotta say something, even if it's something unknown to me. Sebab K perlukan harapan palsu tu, tuk teruskan hayatnya. Dan aku pernah juga bagitau si K, yang aku mahu teruskan hidup, biar macam mana sakit pun, kerna aku mahu lihat sendiri apa endingnya jalan hidup aku yang hampa ni. Aku nak tau siapa orang yang akan bersama aku saat aku mati. Aku mau lihat tempias muka aku pada makhluk kecil yang keluar dari dalam uterus aku sendiri. Aku mahu tahu perasaannya membina empayar sendiri. Aku mahu lihat nama aku terpampang dalam buku, atau movie tentang aku. Aku mahu nikmati perasaan bercakap di khalayak ramai, kononnya memegang award, sambil ibu bapa aku duduk di khalayak ramai, menangis bangga. Aku mahu jumpa Dia, dan tayangkan badan aku yang sudah mantap, sambil berjalan dengan lelaki lain di hadapannya, dengan mulutnya ternganga.
Atau mungkin jugak itu semua takkan berlaku pun. Mungkin jugak aku akan end up di bawah jambatan, meneguk beer, hanya menunggu saat untuk mati.
K, if there's no one around us, we still have each other. :)
Life's An Ocean
Too much commotion
Too much emotion
Dragging me down
Living for today
Don't have time to pray
Ready for the game
Take a line of fickle flame
Imagine the future
Woke up with a scream
I was buying some feelings
From a vending machine
Say that I will see
Something more than I have
There's something inside of me
Crying out for something else
And if someone hears my scream
Put it in a letter to me
"Life's an Ocean", The Verve

one day we will dance again

THOSE WERE THE DAYS
@ PLANET HOLLY
Semalam adalah satu hari yang aneh.
Aku mulakan pagi aku semalam dengan satu rasa hati (dan kepala) yang berat. Kepala aku berat, akibat berjaga sehari suntuk penangan imsomnia kronik. Hati aku pula, berat, bila mengenangkan perihal teman² yang mengadu tentang kehidupan, lalu membuat aku sendiri bergelumang dengan kemelut hidup mereka ini semua.
Tapi, aku Ok.
Aku Ok bila teman F menghentak tangannya di meja kerna terlampau marah tentang sesuatu. Aku Ok bila aku kena menunggu sejam dua di bus stand, semata-mata kerna mahu berjumpa dengan lagi satu teman, K, yang aku dah berabad tak jumpa. Aku juga Ok bila makhluk² baka insensitive & ignorant, yang buat selamba ya-ya bila aku datang dengan muka girang, seolah aku halimunan. Aku Ok, bile aku dapat tau si Rockstar yang aku 'nyot' itu hari, bergaduh dengan awek-tidur-sekatil-nya sebab aku. Aku Ok beb.
Aku hanya tidak Ok, bila si teman K (yang juga kawan se-matrix Dia di Penang dulu) mula bercerita tentang hidupnya yang dia anggap macam loser. Sebab selama setahun, dia cuba nak dapatkan seorang perempuan yang pada dia the one, tapi tak kesampaian. K bekerja sebagai eksekutif bancassurance (jual insurans), dan terpaksa mengadap manusia berperangai babi setiap hari.
Ah, it all sounds too familiar... too clear in my head...too fucking normal for me.
Aku faham sekali apa yang K rasakan. Aku pernah ada di situ.
(to be continued)

Haram Jaddah!

PERHENTIANKU @ LONG BEACH
Berpinau, bukan sebab kecerahan cahaya yang melampau. Aku berpinau sebab aku tak cukup tidur. Bila balik ke ofis tadi selepas MC sehari, semalam, kerja aku tak putus². Kesibukan yang berterusan sampai hujung tahun ini bermakna kurang masa untuk aku berfikir tentang perkara² yang aku tau aku takkan dapat selesaikan. That, I like.
Berdebar, bukan kerana takut pada benda yang tak nampak. Aku berdebar sebab pagi tadi aku terpaksa luahkan rasa hati pada seorang teman yang akrab. Dia sedar kesilapannya, maka dia kata I'm sorry pada semua. That, I like.
Berantakan, bukan kerana ranjau kehidupan yang tak henti. Jiwa aku berantakan sebab aku dah tak balik rumah atas bukit selama 2 minggu, dan menumpang di homestay si teman yang akrab, bersama housemates-nya yang punkrock, dan comel. That, I like.
Bersabar, bukan kerana rela atas segala musibah. Aku 'cuba' bersabar, sebab aku malas nak layan karenah manusia tolol dan juga aku mahu belajar hapuskan pent-up anger dalam lubuk hati yang dah lama terpendam, dan hitam. Hari ini, dalam kekelamkabutan, aku, masih tenang. Semuanya di dalam kawalan aku. That, I like.
Tapi...
Bila aku bertanya "apa kurangnya aku sampai aku takde boyfriend sampai sekarang" dan teman sehati berdansa menjawab "kau memang takde kurang babe, semuanya lebih!"
Itu...I don't like, Johnny!!

oi, do not cheerios me yet!

PENYESALAN GAYA SANTAI @ VISTANA
Sebelum pulang dari kerja semalam, kepala aku dirundung dengan segala macam benda. Perkataan 'dirundung' selalunya pula, diikuti dengan perkataan 'malang'. Belum pernah lagi aku jumpa dalam mana² ayat yang berbunyi 'dirundung kebahagiaan' selama aku membaca buku, majalah, suratkhabar atau apa pun, untuk 25 tahun aku hidup. So, kau boleh imagine perasaan aku semalam, bukanlah satu benda yang...mengujakan, langsung. Semuanya datang secara rawak dan spontan. Kutipan observation aku tentang sesuatu, selalunya akan mencetus satu aliran memori perit, yang kadangkala boleh merentas masa samada ke belakang atau ke hadapan, yang akhirnya terus membuat aku paranoid android,depress.
Ternyata, dengan perasaan yang berat di benak dan kepala aku (dan bekalan dadah pelali yang tak berapa nak ada), aku tidak boleh tidak, kena bercakap dengan seseorang. Nasib baik jugak, dekat ofis aku ni, ada satu aplikasi e-mail canggih. Cukup canggih untuk ada sametime (imagine YM, cuma aku hanya boleh ber-chatting dengan rakan se-BANK ini sahaja). Di dalam list sametime aku, ada lebih kurang 21 orang teman sekerja. 8 darinya teman sekerja CCD. Selebihnya, teman² sekerja yang sama² menempuh kehidupan sebagai trainee setahun dan beberapa bulan lampau. Di antaranya pula, aku mungkin rapat dengan 6 orang sahaja. Mereka itu, aku gelar lunch clan. Datang aja masa lunch, tak perlu kau tanya aku makan mana atau dengan siapa, sebab aku hanya ada lunch clan dan bangunan MAS.
Berbalik pada isu asal - aku harus bercerita dengan seseorang - dan seseorang yang aku pilih itu, tak lain tak bukan si A. Ada apa dengan A? Hmm. Tough! And easy at the same time. Tough, sebab mungkin dia akan baca blog ini (mungkin). Easy, sebab si A ini, in short, adalah kriteria lelaki yang pada aku, almost perfect.
Cukup sampai situ tentang A.
So, berlandaskan seleksi yang agak peribadi, aku memutuskan untuk confide in A.
sethist: how do u learn to, say forget someone? 16:12:32 A: sorry for the late reply, i was away from my desk 16:12:57 sethist: i dont expect hasty answers either 16:13:03 sethist: take ur time 16:13:12 A: hmm forget someone.. 16:13:34 sethist: if not forget...maybe just..u know learn to forgive 16:13:39 sethist: u seem pretty good at that 16:13:41 A: yeah, it's tough 16:13:46 A: good? hehe 16:14:01 sethist: u gotta b good 16:14:10 A: you know the saying patience is a virtue? 16:14:11 sethist: a'huh 16:14:35 A: usually it's followed by forgiveness is divine 16:14:54 A: so i'm guessing to forgive someone...is pretty hard on a human level hehe 16:15:23 A: but for me, i'm sensitive so if someone hurts me, i tend to avoid them. A: so i don't get hurt even more 16:16:03 A: but if we get to talking and they apologize and recognize their mistake, A: then i'm open to forgiving them 16:16:20 A: as long as we talk about it, i guess i'm ok with it after that 16:16:20 (Conversation di atas berlangsung sehingga 17:37:38)
Hmm.
Terus-terang aku katakan, apa yang A utarakan di atas bukanlah sesuatu yang extraordinary. Kamu mungkin akan cakapkan benda yang sama. Malah aku sendiri tahu jawapan kepada soalan² aku tu. Tapi kamu harus faham, yang kadang² apa yang kita perlukan, hanyalah seseorang untuk mendengar (atau ayat yang lebih kasar adalah..hmm..attention). Cuma, lainnya A dari kebanyakan manusia, dia tak terburu-buru memberi jawapan. Ada sebab kenapa aku letak timestamp di setiap baris ayat tadi. Kalau kamu bijak, kamu akan nampak jarak masa seminit dua. Tak lama kamu bilang? Kamu silap. Tanya teman kamu sesuatu, dan suruh dia jawab seminit atau dua minit selepas itu. Apa yang kamu rasa, kamu nilaikan sendiri.
So anywho, "adakah aku merasa lebih baik selepas chat dengan itu?" tanya kamu semua.
WELL,WELL..
Cukup baik untuk aku cuba² naikkan kepala, cuba² naikkan suara, tepuk dada dan teriak...SIAPA PUNYA!!!

you see things and you say why, but I dream things that never were and I say why not?

KG TEKEK, TIOMAN 2006
Mimpi, tak selalunya indah.
Yup, especially when you are dreaming about feces, covering your entire face and hands. Even more, when you woke up with your hands and face feeling sticky cos' you sweat so much, and in your chest, you felt a lump that weighs you down. Like you just murdered someone.
So I told Fun bout' this. He googled it.
'Jika anda bermimpi buang air besar bertanda ada kemungkinan besar anda akan kehilangan sesuatu. Harus lebih berhati-hati.'
"Ah, sudah" aku kata.
Dengan denyut jantung yang makin kencang, aku terus aja terfikir pasal Mama dan Papa yang dah lama aku tak ketemu, dan Ijan, yang sekarang terlantar di Hospital Selayang sejak Ahad lalu akibat lung arrest, dan aku masih tak jenguk dia.
Aku call Ijan, dia masih hidup. Terlampau lemah suaranya, tapi hidup. Aku cakap sorry sebab tak datang jenguk dia. Dia tak kisah.
Aku call Mama, dia juga masih hidup. Suaranya tenang, macam selalu, tetapi berbaur penat setelah menjalani kehidupan selama lebih setengah abad. Aku ceritakan semuanya tentang kehidupan aku di sini semenjak kali terakhir aku ketemu dia. Tentang John, Emmy, Lisa. Macam mana aku seolah tak wujud di apartment atas bukit tu. Macam mana mereka, saudara sedarah aku sendiri (kecuali Emmy, dia kakak ipar aku), memandang aku macam sampah. Macam mana, John sekarang sudah ditarik hidungnya oleh Emmy semenjak mereka kahwin. Macam mana, aku, satu-satunya anak Mama, yang sanggup berhabis duit untuk Shot (adik aku si piano prodigy), samada aku berduit atau tak. Macam mana, aku, selalu balik lewat atau tidur rumah teman, sebab aku menyampah, duduk di rumah atas bukit itu.
Anyways, berbalik pada kes mimpi aku tadi, aku tak rasa aku akan hilang barang lagi, tambah lagi bila kes aku hilang phone tak sampai pon sebulan.
Mungkin juga yang bakal hilang itu adalah jiwa aku.
Boo Hoo!

Kias Fansuri

It was only several depressing months ago that I discovered the band Kias Fansuri.
What a band.
It was in that place where the punkrockers hang out. That place that I went with Krul. Out of mind numbness. Out of boredom, of course. Little that I know it was a sXe (wiki: straight edge) gig. So I smoked my ciggie inside the hall. It was only until somebody said " Biarlah dia nak merokok, itu hak dia..", that I realized I was in the wrong gig.
At least that's what I thought in the first place. But it wasn't wrong afterall, cos if I didn't stay, I couldn't possibly know what Kias Fansuri is really made of. (YoutTube:Kias Fansuri)
That band epitomizes the beauty of noise. With a normal brain capacity, there's no fucking way that you can translate all those screaming and endless yelling into something comprehensible. No way. But I get it (somehow). In my own mind. Those screamings sounds a lot like what's in my head now. Pent-up anger. Furious.Confused.Lost.Hopelessness. All that.
Listen to We Wrote This Route on the Map. Listen to 30 Saat Mencari Cinta. Listen.
This entry is not about Kias Fansuri.
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space