Sial. Setiap kali nak masuk new year, or even on the eve of new year’s eve itself, aku akan selalu cuak. New year’s eve day adalah hari yang paling berhantu buat aku selepas tarikh 7 May (different story altogether). New year, adalah hari yang mendefinisikan semula diri aku kepada yang sekarang ni. Macam kata si Beverly dalam Riding in Cars with Boys, “One day can change your life. One day can ruin your life. All life is is three or four big days that change everything.” Dalam kes aku, aku tak perlukan satu hari pun sebenarnya. Benda yang berlaku dalam masa kurang separuh hari, di malam new year 2003 keramat tu, dah cukup nak buat aku gila. Hanya berbekalkan RM30, bersama diri aku tanpa kawan² lain, dan er… cinta, aku kembara dari Melaka ke Jalan Belakang yang malap di KL. Malam itu, seperti kebiasaan setiap tahun, berlangsungnya parti penuh dosa buat anak² muda (dan tua) yang masing² mencari arti hidup atau hiburan buat mereka sendiri. Ah, dosa, pada aku tak penting langsung masa itu. Aku hanya mahu ketemu Dia. I only need to see his face, and nothing else would matter. Dari jauh, kedengaran sudah hiruk-pikuk musik bising dan celoteh manusia. Ada yang mencuit, mengusik, menegur aku yang membawa backpack 40 litre dengan kasut lusuh Converse ni. Tapi pelik, aku sikit pun tak rasa janggal seorang diri di situ. Aku terlampau tak peduli dengan benda lain. Selagi aku tak face on dengan Dia, benda² yang lain tu terlampau remeh untuk aku. Ternyata the power of dreams itu sangat real. Walaupun tak berjumpa Dia di Jalan Belakang tu, aku sempat berhubung dengan Dia. Dia tak dapat hadir malam tu. For some reason. Tapi Dia ajak aku bermalam di rumahnya. Aku ulang: Dia ajak. Pesan sudah disampaikan pada temannya si Al** & Yu** dan mereka inilah manusia² yang aku tak pernah lupa sebab sanggup tumpangkan aku ke rumah Dia di S7, S.Alam. Tanpa Al** & Yu**, new year mungkin sekadar satu lagi hari yang tak beri apa² makna buat aku. Di dalam kemabukan Al** & Yu**, berjaya juga mereka bawa aku sampai ke rumah nombor 404, yang sangat mustahil tuk dilupakan tu. Aku ingat lagi, dengan setiap letaknya kaki aku di setiap anak tangga (yang maha banyak itu) tuk sampai ke tingkat 4, jantung aku makin deras berentak. Kacau aku dibuatnya. Ye lah, nak jumpa orang spe-sial memang macam ni. Sampai aja di hadap rumah 404, aku termangu. Membayangkan bagaimana lah rupanya. Bagaimana riaknya. Gelak ke Dia. Masam ke mukanya. Yu** mengetuk. Pintu pun terbuka. Yang aku lihat di depan pintu ternyata bukan Dia. Ketinggiannya tak mencukupi dan raut wajahnya agak nakal dan tiada berambut. Tak macam Dia, yang tinggi (pada aku) tapi tidak terlampau konfiden, rautnya senantiasa kelihatan seperti seorang pemikir, dengan rambutnya kusut, tapi tak pula berbau. ‘Cantek’. Itulah Dia yang aku puja². Dan kemudian, pemikiran aku terhenti. Raut yang aku harapkan muncul juga. Lagak seorang askar perang yang baru aja mendapat berita tentang berakhirnya perang, aku lepaskan penat lelah aku (sendiri, dalam hati). Hidup kembali bercahaya, walaupun tempat tu agak gelap. Atau mungkin juga cahaya itu datangnya dari dapur rumah Dia, tapi ahh, Dia tetap bercahaya. Aneh. Aneh. Aneh. Man, this hurts. Aku tak mampu lagi ceritakan selebihnya secara detail. Tapi, cukup sekadar aku kata, malam itu, malam paling indah dan paling buruk yang pernah aku lalui. Time aku sedang menulis ni, aku baru aja lepas bermimpikan sesuatu yang mengerikan. Lebih mengerikan dari kematian. Dan sekarang ini, aku juga sedang duduk mengadap monitor, di CC kepunyaan Dia. Aneh. Dia, memang sial. Dia memang agung. Dia-lah pembolehubah aku. Dia imperialist, kawasan jajahan aku. “Apa yang Dia dah buat sampai kau jadi macam ni?” Argh, jangan! Jangan tanya aku soalan² kasar macam ni bai!
Happyness to Pursue #2
Happyness to Pursue #1
The Road Not Taken
Salah satunya, macam biasa bos...tentang kehidupan.
Si P juga, lebih kurang macam aku. Kami pendukung hidup pessimist dan realist, yang mungkin kadangkala termakan dengan mimpi² indah ciptaan kami sendiri. Kami bencikan manusia² berprinsipkan morality untuk menentukan baik atau buruknya seseorang itu. Kami cintakan musik berat dan mengkhayalkan, yang tidak langsung difahami oleh kebanyakan orang. Kami gilakan kucing. Cuma dia lebih gemarkan kucing berbadan kecil yang aktif dan aku sukakan kucing gemuk yang malas.
Anywho, di dalam kami berbual malam tu, si P sempat menyelak jurnal aku yang aku bawa. Di dalam jurnal aku itu, aku ada catatkan satu artikel bertajuk "The Road Less Traveled". Kisah aku yang pada masa itu menempuh satu zaman kekeliruan, akibat Dia yang tinggalkan aku sendiri untuk jalani hidup ini. Selepas aja si P melihat tajuk itu, dia terus berbicara tentang seorang puitis agung, si Robert Frost, yang pula berpuisi tentang ini:
Pada masa si P bercerita tentang puisi ini, dia tidak langsung ingat nama pengarangnya. Cuma yang dia mampu ingat hanyalah cerita di sebalik puisi ini, dan tentunya ayat yang berbaris "the one less traveled by". Jadi, kemudian harinya di ofis, aku terus google kan "road less traveled by - poem" and voila!
Robert Frost ini bukan sebarang manusia, fikir aku. Kamu tahu bagaimana sukarnya nak menggambarkan, dengan tepat perasaan kamu di dalam sebuah bentuk puisi? Aku sendiri, sebagai seorang penulis, menghadapi masalah ini setiap hari. Baik kerja, mahupun leisure. Kadang-kadang memang aku kene struggle nak mencari ayat yang paling tepat. Nak create mood, lagi satu hal. So, the fact that Robert ni mampu membuat aku bangun semula menghadapi dunia ni dengan penuh rasa...(think, think, think!)...(ahah!) enlighten sekali, cukup untuk menjelaskan pada aku kompleksiti daya pemikirannya. Apa-apa pun, puisi ini adalah sangat genius. Sebab dia juga bercerita tentang hidup aku sekarang.
Robert, you have no idea how many people you have changed with this poem!
one day we will dance again II
one day we will dance again
Haram Jaddah!
oi, do not cheerios me yet!
you see things and you say why, but I dream things that never were and I say why not?
Kias Fansuri
I don't know where I'm going with this entry II
I don't know where I'm going with this entry
velo-city
Pantas. Itu pace hidup aku sekarang ni. Tak macam dulu. Memerap macam timun jeruk. Aku suka life aku sekarang. Yang walaupun tak lah segembira mana, tapi sekurang-kurangnya tak digerumini dengan orang² yang two-face dan tak mengenang budi* (walaupun dunia memang dipenuhi dengan golongan² itu, sebenarnya). Anyways, besok (Sabtu) aja, dah ada at least 4 agendas aku boleh buat: - Ke CM dengan clan jantan² gersang menonton Revolusi 48' (dan preya² taste aku) karya Fahmi Reza . - Ke Johor, tolong colleague aku set-up booth si sana. Free 2 nights stay in Pan Pac. - Ke Open House colleague aku yang lain di Damansara. Anak CEO, so you could imagine ini open house yang macam mana. - Ke Sri Menanti, melawat kampung halaman yang udaranya dan pemandangannya kerap aku rindu. Lama aku fikir. In the end, aku pilih tempat yang paling dekat dengan rumah aku kat Ampang ni. (Walaupun itu bermaksud aku kena mengadap lagi jantan² gersang berbulu yang aku dah cukup kenal perangai dan sifat mereka,uh!) *Nanti aku story pasal member tak mengenang budi ni ;)
CLOOLess
Arahkan cursor tetikus korang ke gambar tu. Klik. Kagum?