Kita takkan pernah tahu dari ceruk mana keindahan bisa datang. Tak boleh nak jangka. Macam mana fasih pun aku atau kau tentang hidup ni. The unexpected - itulah keindahahan hidup itu sendiri sebenarnya.
As many would have known by now, these few weeks, I've been strucked by miracles. After all the pain which seem endless, love suddenly emerges as I was about to sink deep. Jadi aku katakan pada teman² yang faham dan selalu mendengar, bahawa aku sangat² thankful atas semuanya. Dan apa yang jadi pada aku, aku tak pernah minta, mahupun cari. Bila aku bercerita, aku mahu mereka faham yang aku, walau seberapa lama sekalipun, akan tetap rasa kaget. Untuk aku ulangi semula bagaimana cinta aku dan dia bermula, buat keseribu kalinya,mungkin bisa buat kamu, teman² baik, bosan pada aku. Tapi percayalah, aku bukan berlagak atau apa. Aku cuma terkejut dengan perkara² yang too good to be true ini. Aku perlu bercerita pada kamu semua, sampai ia (keajaiban cinta) betul² masuk ke dalam setiap lohong badan ini. Sampai, aku percaya.
Ya. Percaya. Aku selalu percaya miracles dan cinta ini lah satu²nya perkara yang true di dunia ni. Peliknya, walau dengan kepercayaan penuh yang begitu, bila ia terjadi pada diri aku sendiri, it's still hard to believe.
Aku selalu convince-kan diri aku, yang dia ini true sebab kalau tidak masakan dia sanggup buat apa yang dia buat. Satu sudut otak aku kata "Mungkin dia nak pancing umpan?". Mungkin. Tapi untuk seorang yang hanya ingin memancing umpan, dan telah pun dapat umpannya, kenapa dia masih stay? He's 100,000 miles away from where I am. Yet he still is the same guy I met him the very first time.
Kalau aku silap, Tuhan, kau better tunjukkan aku sekarang! Masa yang aku ada terlampau singkat untuk aku buat satu lagi kesilapan besar dalam hidup! Aku tak larat. Aku dah penat. I just wanna settle down! I wanna be content! I just wanna be served by a man who loves me.
Bole la, please?