Yesterday

So Julie. :)

Yesterday felt like the longest fucking day in my life.

Yesterday, I witnessed anger, tears, heart breaks, anger, sorrow, loneliness, hopelessness, resentment, deprivation, ego, hatred, and none of it involves any sanguinity.

Except the part where she decided to go and fight for her love.  And moments - where both of us hiding in the car like we are planning to mug someone, where she can still laugh at my failed attempt of being a comedian, where she cried and I'll pat her back, where her eyes looked like she still longing on love - on top of all the dipshit she had to go through.

It was only there, that I saw a nip of happiness.

And that's enough to give her the strength she needs to move on.

So yesterday, on the longest fucking night, I ate ice cream before I slumber and I can't help but wonder ..

...is love, god? Or was there god, in love?

Betul² ho liao!

'mak suka'

Photo by Juls
Edited by si.boolat
Canon 1000D supplied by Gha

Currently obsessed with this particular self portrait.

Unfounded

Teman,

Kau tabah kan diri, ya?
Jangan menangis lagi.
Mendengar kau menangis, buat aku marah dengan lelaki itu.
Aku paling tidak boleh terima infidelity.

Fuck scandals. Fuck poligamy. This is fucking bullshit.

Your amigo,
si.boolat

'Mentol' Moment


Long Beach, 2008

" Kita takde duit, takde itu takde ini, pls dont let other ppl take wht we have..our dignity"

Kata F lagi.

*Flash*

Give me paradise.

I've Lost The Best Phone I've Ever Had For Good




"Itu phone sula tala jual lagi woor.."  - salesman

....

It's ok.

Karma kan ada?

Bosan is an Understatement

Aku ingat nama aku dah cukup rare.

Aku salah.

Minggu ini dalam sejarah, aku dah dapat berbelas calls from strangers, yang tak pernah nak introduce nama or dari mana before bercakap, and anggap aku adalah orang yang sepatutnya mereka bercakap.

Ini Wan Madzrina Ali Mat la. Bukan Masreena, or Mazlina, or Haslina or nama² lain yang tipikal tu!

Tolonglah buat effort sikit dan ambil tahu nama penuh and the right phone extension before kau call office line, boleh tak? How hard is it to get this information? Dah la tak introduce apa², and then expect aku ni tahu everything that they were talking about.

For heaven's sake, do I look like I need more problems?

Fear vs. Fury

Fear is like a hologram. Nampak real dari jauh. Tapi bila kau masuk ke dalam, kau akan tahu yang it’s actually nothing. There’s only empty spaces inside. You’ll get rid of fear, once you go passed it.

You just have to be in it first.

Gila kejam kan pilihan hidup yang kita ada?

Lomolitos #2



People don't want their lives fixed.
Nobody wants their problems solved.
Their dramas.
Their distractions.
Their stories resolved.
Their messes cleaned up.
Because what would they have left?
Just the big scary unknown.

- Chuck

Lomolitos



Gambar lomo, yang dah lemau. :)

Oh.

Kita harus bertemu, dan berbual seperti dulu. Kita perlu terus, memberi sms² yang tak masuk akal, yang buat kita terdiam atau yang buat kita tertawa. Kita perlu sering berbicara tentang kegilaan, kebencian, dan segalanya untuk selama yang kita mampu, agar kita boleh terus bernyawa. Kita harus ke flea² market lagi, untuk mencari hidden treasures yang selalu buat kita berasa puas. Kita perlu sering memandang mata masing² dan cari sejenis ketenangan yang tidak mungkin mahu kita tukar ganti dengan apa pun. Kita mesti duduk, bersebelahan, memandang langit atau lautan dan pasangkan harapan dan hidup di dalamnya.

Walaupun kita tak punya harta, tapi kita..kita ada sesama sendiri, kan? Asalkan kita tak berubah menjadi yang lain. Dan lagi, kita ada cita² dan mimpi untuk kita teruskan perjalanan ini sama². Rasanya, hidup ini terlalu membazir kalau kita hanya terus terpekung dengan dendam, benci dan kekalahan.

Memang sukar, love. Huh, sukar - that's an understatement!

Mungkin, satu²nya jalan untuk kita keluar ialah dengan berpimpin tangan dan percaya - percaya akan keindahan yang kita ciptakan sendiri - dan mungkin, hanya itu yang boleh buat kita bertahan. Percayalah, hidup ini tak lah sepanjang yang kita fikirkan.

"Jangan lepas tangan I, ok..?"

Uff!

Aku #1


  • Obsessive compulsive tentang kebersihan diri dan sekitar.

  • Harta² yang aku ada (buat masa sekarang) yang aku mahu wasiatkan bila aku sudah tiada hanyalah sebuah kereta, satu kamera TLR, canister² filem, koleksi dvd² rare, foto² baru, aneh dan antik, buku-buku berat, graphic novels, journals, kasut² ballerina, baju² versatile yang boleh dipakai dalam 20 cara berlainan, scarf² bercorak aneh, comforter aussino yang teramat selesa, 3 bantal empuk, 2 lampu IKEA yang comel, beg² vintage/ tak ada brand yang bersaiz besar, 3 tin² berikat riben yang diisi pelbagai accessories, tools² untuk make up, tools² untuk manicure pedicure, perfumes, alas kaki bulat pink IKEA.

  • Aku sangat critical dalam menganalisa orang yang aku sayang.

  • Aku teramat biasa hidup single, yang membentuk aku untuk jadi teramatlah independent. Aku boleh tengok wayang seorang diri. Keluar malam dan memandu seorang diri. Duduk di cafe dan cuma bertemankan buku untuk berjam-jam lamanya. Berbual dengan complete stranger, tanpa sebarang perasaan awkward. Dan aku tak kisah untuk pergi ke sesuatu event, dengan seorang teman baru, tanpa membawa seorang teman lama untuk temankan aku. Kau faham tak?

  • Ya, aku seorang Gemini yang sejak azalinya dilahirkan dengan mentality "cepat bosan". Aku crave untuk knowledge dan perubahan. Kadangkala fickle minded. Tapi most of the time, bila aku ada passion, aku akan commit sampai mati kot.

  • Gila suka sama kucing gemok, bayi² gemok dan anak² kecil yang pendiam.

  • Aku boleh jadi sangat² friendly OR sangat² introvert. Orang kata aku extrovert. No, not really.

  • Wajib baca buku sebelum tidur kalau bersendiri di bilik.

  • Sangat² obsessed dengan kebersihan kaki, tangan, muka, badan, kulit, telinga, rambut, hidung. Er wait.. dejavu..

  • Aku ada lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan. Kebanyakan teman perempuan yang aku ada pun, berhijab. Tapi aku akan pastikan yang mereka boleh terima aku - rokok, minum, lucah, musik pecah, everything - sebelum aku open up dan terima mereka.

  • Aku hidup untuk Cinta.

  • Aku suka segalanya tentang Paris & being Parisian - musiknya, orangnya, bahasanya, artnya, historynya - Tak tahu kenapa. Even perfume aku juga YSL Paris, yang aku beli semata-mata sebab namanya Paris. Nasib baik baunya tak menghampakan. Oh, tapi aku satu jenis Paris je aku laknat, yakni Paris Hilton. Dia tak layak dinamakan Paris.

  • Aku lebih senang berbual dengan Mama. Tapi Papa adalah tempat rujukan aku.

  • Aku sangat protective terhadap kawan-kawan aku. Tapi aku juga pernah hilang beberapa orang kawan, dan itu adalah antara experience terburuk yang aku terpaksa deal with, sampai sekarang.

  • Aku tak kisah berbelanja dan memberi dengan orang yang aku sayang, kucing² mahupun anjing² jalanan yang terbiar.

  • Aku pernah cakap 'fuck you' pada Papa aku. We've made peace. But I can't forgive myself until now.

  • Aku tak kisah jatuhkan hukuman bunuh pada perogol.

  • Aku seorang lefty. Dalam kebanyakan masa.

  • Aku tak pernah sampai ke Batu Caves.

  • Aku perlu berbual untuk selesaikan masalah dengan sesiapa yang terlibat, tentang apa pun. Communication is the only key. Orang tak boleh baca otak kita, beb.

  • Kuku aku akan sentiasa diwarnakan. This has been going on for 8 years. Aku rasa kuku aku bila kosong tak cantik. Aku benci kuku panjang. Especially and specifically - kuku panjang pada jari kelingking seorang lelaki. Oh too gross.

  • Aku tak memilih soal makan. Tekak aku boleh terima fine cuisine, atau hanya ikan masin telur dadar nasi putih dengan kicap sekalipun. Atau, kalau makanan tu tak sedap tapi still edible, aku biasanya akan telan je.

  • Aku banyak complain tentang hidup sebab aku suka.

  • Aku pernah tak tidur 48 jam terus menerus. Not funny.

  • Kalaulah aku kahwin, aku mahu buat di tepi pantai - yang tetamunya cuma teman² rapat dan sedara mara yang aku kenal sahaja. Dan mereka, boleh pakai baju apa pun yang mereka mahu. Kawan aku pernah gambarkan aku kahwin memakai two piece, dan suami aku memakai surf pants. Tadahal.

  • Aku adalah seorang yang lucky dan malang at the same time.

  • Aku sukar untuk terima style rambut, pakaian, accessories atau minda seorang rempit yang tipikal. Ya aku juga judgmental, macam kamu semua.

  • I'll always be a punk girl at heart, no matter how old, how poor or how rich I get.
uff..

Breathe



Juggling too many things, with too little pay, in too little time.

And, have been waiting for too long.

Flash

Give me give me a fucking heart made of steel.

Gimme



                    
Give me strength.

Give me strength.

Give me strength.

Give me attractiveness.

Give me charm.

Give me truth.

Give me vodka.

Give me a long long Friday night full of love.

Give me the ability to forget.

Confess vs. Hoard


His voice is just next to my ears but yet I felt like I'm loosing him.
Param pam paaaa!

Complication


"Kalau aku cabar kau, kau akan bagitau dia?" F, membuka kuda-kudanya

"I will. Tapi kau akan kena tempiasnya sekali" aku, tak mahu kalah.

"Kalau aku tak cabar pun, aku dah kene tempiasnya" F memerli.

Itulah aku. Bila dicabar, baru datang berani. Selagi takda orang push, aku akan malas dan membusut dengan diri sendiri.

Tapi tak juga. Aku sebenarnya boleh bergerak sendiri kalau mahu. Cumanya, aku hampir give up dengan everything. Macam yang aku selalu sebut pada F, aku sudah penat mengejar. For once, aku mahu tahu apa rasanya bila ada orang bersusah payah mengejar aku pula.

Kemudian F bertanya lagi, "So what you want to do?

"Take care of myself" jawab aku setelah lama berdiam.

F teriak "Bravo".

Aku kata "Not really"

F separa give up membalas "What now?"

Aku kata "Taking good care of yourself doesn't mean anything if you don't have anyone to share it with".

"You are one complicated girl, molk" ayat terakhir F sebelum dia keluar lunch.

Aku bergerak ke tingkap, toleh ke langit dan aku lihat ia sedikit mendung. Lalu aku angguk perlahan dan memandang semula pada langit dan berkata "Ada ke benda yang tak complicated dalam dunia ni?"

"Hanya air-air mulia macam Moskovi aja yang boleh buat aku uncomplicated!"

Let Me Go vs. Let Me In



Rasanya, ini pertama kali aku bercerita tentang star icon dalam blog aku. Sememangnya, aku benci untuk bercerita tentang iconic figures dalam blog ni, especially when it involves hollywood artists . Sebab aku tak mahu anggap mereka ini hebat. Dan rasa aku, half of the world's problem disebabkan oleh movie-movie blockbuster Hollywood-lah.  

Tapi maaf, kalau entry aku kali ni is a complete antithesis of what I thought I believe in. Aku cuba untuk tidak menulis tentang star yang seorang ni, tapi aku tak boleh resist. She has inspired me too much, especially eversince she acted in Sex & The City (SATC) The Series -  yang aku follow religiously over the span of 5, 6  years?

Sarah Jessica Parker (SJP).

Ramai kawan-kawan lerks (lelaki) aku kata, dia ni hodoh. Dan aku marah gila everytime they said that. But then again, what do guys know about girls, anyway kan?

Well screw that.

I think she's incredibly beautiful, extremely smart, and truly inspiring. Her best acting is definitely the ones from SATC. In SATC, she's a newspaper columnist, writing about her life encounters with guys, sex, love, friends, work and anything else in between. In the series, Carrie Bradshaw (SJP's character in the series) stayed in a cosy studio apartment of Manhattan NY, and gets to wear all the designer clothes and shoes. Best part of it all, was when she narrated what she drafts for the newspaper. Usually during these scenes, I felt most connected to myself. Sometimes, aku imagine secara syok sendiri yang life aku resembles what SJP portrayed in SATC. Oh-so-perfect lagi kalau life aku betul-betul end up macam Carrie Bradshaw  - yang selepas 6 tahun, bertemu semula dengan first-on-off-on-again-love-nya, dan ended up happily married (this was only revealed in SATC The Movie).

Jadi, apa point aku sebenarnya?

Entah.

Asalnya tadi, aku cuma browse the web, plan nak beli perfume si SJP ni. Tetiba aku jumpa gambar SJP yang kat atas tu. I stared at that photo and like a lil' girly girl, deep inside this darkened heart, I wish I could be like her. Obviously I don't know KNOW SJP, but I think she's cool. Hot, rich, successful, married, 2 kids, starred in a number of movies not many that is great but ... but she's the epitomy coolness.

Yea, I wanna be somebody else I'm not.

. . . . . .

OK. Forget everything I wrote above cos' that's all bull.

Truth is..

My god, aku rindu gila kat Dia la sial!

Aku cuba nak tulis benda lain selain Dia, tapi aku tak boleh resist langsung!

I wish I could spell his name here without worries.

Oh, the entrapment!!!!!!!

Postcard to The Wild Dogs


This photo is total OMG. Found it here. It's pink and has my (other reinvented self) name on it. Coincidence, or fated?


Wahai Komuniti Anjing-anjing Liar Ampang,

Semenjak dua menjak ni, kaki aku rasa semacam tak sabar mengayuh and bakar lemak-lemak tepu dalam badan. Otak aku pula makin lama makin bersarang dengan kebosanan mengadap hari-hari yang tak berapa nak hidup. Setiap hari sebelum aku mula bekerja, aku akan singgah di mana-mana web yang ada gambar basikal berwarna pink (maaf, aku tak baca langsung pasal technical part of bikes sebab otak aku hanya boleh menampung maklumat secara visually sahaja). Aku tak sabar sangat nak mengayuh ke ceruk bukit dan bawa sekali si Ponypink Blackbird untuk aku bekukan momen-momen indah dalam filem. Aku tak sabar nak gunakan ayat pedalling to work, instead of driving to work dalam blog. Aku tak sabar nak dengar apa manusia-manusia tolol kat tempat kerja ni nak katakan. Atau mungkin melihat mata mereka yang kagum dengan kebolehan dan keberanian aku. Aku juga dah boleh bayangkan berapa banyak duit aku boleh jimat hanya dengan berbasikal. Oh, beberapa minggu lepas aku berjaya jumpa hoodie wind breaker warna purple, beg lime green dan kasut yang ultra colorful, to go with my pink bike. Hasil daripada  mendengar perbualan korang, aku juga sudah senaraikan barang-barang keperluan dan keselamatan untuk aku mengayuh nanti. Dan currently, nama basikal dah pun aku shortlisted-kan.

Tinggal lagi...

...bila basikal aku nak siap, oit? :)


Bakal Menganjing,
si.boolat

Flashy



Above - to fly with my Ponypink Blackbird, soon.
Apa, lu ingat DSLR je boleh main flash? C'mon ar!
TLR is the way to roll!

Kabur


Love,

Right now it feels like winter (and hell) where I'm at.

And I'm dying here not hearing from you. As the day goes by I don't know if I'm getting closer or just getting lost. Oh, and Pilot Speed's Knife Grey Sea playing repeatedly on my iPod. I hear it so often that my ear wax started melting just like the sea water.

Call my office, will ya?

Yours,
si.boolat.


Do Not Care



The idea that I can't share my problems with other people makes me not give a shit about their problems.

Leka

Aku beri dia masa.

Dan selalunya, bila diberi terlalu banyak masa, orang jadi lupa.

Sebab tu dalam kerja ada istilah follow up atau RSVP.

Tapi dalam hidup, kadang² kau RSVP macam nak mati pun, kalau orang tu nak ignore, dia ignore juga. Ada dia kisah?

Sebetulnya, sukar untuk aku accept tindakan yang macam ni - Tak ambil peduli. Silent treatment. Run away without telling why. Aku boleh remind, barge-in, be mad atau apa pun supaya dia buat sesuatu, sebab aku berhak. Dan aku boleh buat itu untuk menunjukkan aku in control of the situation. But I didn't want to do it to him. I'm aware of his capabilities. He'll get tempered mental, he'll shut off. Nothing is solved. Above all, I'm just so darn tired of chasing. Chasing dreams, chasing love, chasing time, chasing money, chasing fucking everything.

Also, frankly, I'm quite immune to the fact he's just not that into me. At this point I don't give a rat's ass anymore. I care for him still, but I couldn't care the fact that he didn't want to care. Someday, when I'm really not there for him, perhaps then he'll realised how shitty it is. KALAU DIA SEDAR DAN MASIH MAHU KISAH-lah.

Aku juga mahu dia tahu, yang aku ada priorities dalam hidup. Dan aku tak mahu dia anggap itu sebagai selfish. Kalau aku selfish, I would not have done all of the things that I've done for him. Kalau dia tak mahu appreciate itu semua, dan katakan yang love yang aku ada pada dia ni selfish, then I feel excruciatingly sorry for him. 

Time to roll up my sleeves, and move on.

I'm 27 for fuck's sake. Do you really think I have time to play this immature game?

Hobo


 
Semenjak hari si N berlepas ke Brighton, sampai hari ni - otak aku macam dslr yang di set kan ke multiple shots – ia tak berhenti capture segala macam imej ciptaan minda aku. Ia tak berhenti berfikir dan membayangkan.

Jadi bila aku sudah lelah berfikir, aku ambil si kembang, Eyyie, dan teman dia bermain. Anak kecil yang sangat nonchalant dan  curious tentang segalanya. Eyyie hanya tau menjawab “ooh” untuk semua benda. Dia hanya ada satu buku favorite yang Mama aku belikan di Johor, dan dalam banyak-banyak gambar dan perkataan dalam buku tu, Eyyie hanya tahu sebut "girl". Eyyie sekarang sudah 10 kg. Walaupun kakinya bersimen, dia tak kisah langsung untuk belajar berdiri sendiri. Eyyie suka main kuku aku. Sesekali sedang dia leka bermain, dia akan perlahan genggam jari-jari aku dan usap permukaan kuku yang aku tinted kan dengan pelbagai warna. Jari-jari Eyyie yang kecil itu, jadi lebih kecil  lagi bila dia pegang tangan aku.

Dan aku yang dah lebih kurang sebulan tak bertemu si kembang , bila melihat semua ini, dada aku jadi berat. Mata aku tetiba macam ada takungan air yang boleh tumpah bila-bila masa. Bulu tengkuk aku perlahan-lahan meremang. Perut bagai mengecut. Jari jari aku, sejuk.

Entah sebab apa.

Maybe..maybe ni la perasaan heart breaking. 

Mata aku memandang kembali Eyyie dan dalam hati aku sebut, someday you'll make somebody proud. You'll be everything that I think you'll be. Saat aku sebut itu, tiba-tiba aku sedar, yang aku silap. Aku sedang letakkan harapan aku, untuk si kecil tu jadi seperti aku mahu. Semua mimpi-mimpi aku yang tak tercapai. I am doing exactly what most parents do to their kids. Boo me!

Jadi cepat-cepat aku bisik ke telinga Eyyie dan aku rephrase "You will be anything at all, and I will be proud."

Then, I kissed his cheeks.

I looked through the window glass. The sky is in its glorious hues. The air smelled like ferns.


That's when I realised I missed him - who was once a kid just like Eyyie but now grown up and all messed up. That's when I realised, those feelings that I felt when Eyyie hold my fingers, it was the same feelings when he looked at me. That's when I realised, I only get this kind of feelings, when I know I'm going to loose something. And there's nothing, absolutely nothing I can do.

Inilah padahnya mendengar Damien Rice's Elephant song pada hari Ahad yang malas.

-

OUT OF OFFICE NOTIFICATION FOR W.M - IBM LOTUSMAIL

"I AM OUT OF OFFICE UNTIL 01/18/2010."

Terbaik gila, kot?

Oasis


photo from here

Bila bersendiri, aku akan perhatikan setiap detail yang ada di keliling. Terutamanya bila dalam bilik aku sendiri.

Aku lihat siling putih yang senang di selaputi habuk penuaan. Aku perhatikan juga rembesan cahaya lampu kuning samar²  di dinding yang menimbulkan mood yang amat senang sekali. Sesekali aku bangun dari tarikan graviti yang kuat dari katil aku, dan aku capai Si Putera Sampoerna putih dan letakkannya kemas di bibir. Lalu aku barakan tembakau kering di hujungnya dan tarik dalam² segala macam toksin yang paling berbahaya di dunia, masuk ke dalam setiap ceruk peparu aku.

Kemudian aku telitikan pula segala buku, dvd, kotak² berisi memori atau sarap, majalah, risalah, diari, jurnal, kasut, selipar, baju topi, meja tulis, notice board - dan aku akan cuba ingat kembali setiap perasaan ketika aku mula memegang setiap objek atau ketika aku sedang mengalami memori itu. Aku juga akan cuba kumpul semula imej² setiap manusia yang aku pernah jumpa dan berhubung. Di kebanyakan masa, aku boleh ingat perasaan yang bersangkut paut itu dengan baik sekali. Tapi ada juga hari² malang, yang aku langsung tak dapat ingat apa pun dan ini kadangkala boleh buat aku kecewa.

Pada aku, amnesia mungkin antara disease yang aku paling takut untuk bayangkan. Hidup tanpa sebarang memori atau mimpi? Aku rasa, itu lagi perih daripada hilang deria atau anggota badan.

Dan di dalam kesunyian bilik yang macam itu jugalah, aku akan mula berfikir tentang segalanya. Apa yang hidup dah ajarkan aku dan apa pula kesudahannya.

Pelik kan?

Setiap kali kita teringat sesuatu  yang baik, happy, almost perfect - otak akan secara automatiknya bertanya "What will be the end of this?"

Manusia, memang gelojoh.

*Aku perlu sediakan something buat N - yang akan bertolak ke Brighton besok, for good. Ohhh aku hijau dengan cemburu sama kamu N. Seludup aku masuk dalam luggage kau tu dan bawa aku sekali ke sana, tolonglah!

Kesima

Bila seorang teman lama tiba² tinggalkan message di fb yang aku baca pagi tadi melalui notification di yahoomail, aku hanya mampu berkata "But why?"

Hampir dua tahun menyepi tanpa berita dan sebab menghilang - aku rasa aku layak untuk terkejut. And of course, sedikit kesal, that things will never be as good as it used to be.

To whomever I'm referring to - jangan takut, I appreciate the message, beb. Glad to hear from you.

Leave

Ghost Town, Johor

"How do you leave a certain place, for good?" I asked

"You just leave, I guess?" it answered

"I can't just leave. My parents, my friends, my things, everything I've known about this place.." I hesitated.

"Then why don't you wait till they all die before you really leave, ey?"

Main kasar, beb.

Graphic Novel #1

Horror Scope


photo by Rab

Tahun ni, kalau ikut horoscope, aku akan alami paradigm shift dalam love dan career. Aku boleh rasakan memang benda tu boleh jadi dalam hal kerja. Sebab minggu ni saja, aku dah diberi satu job scope yang sangat lain dari apa yang aku selalu buat. Boss aku yang syirik tu actually percaya kat aku. Unbelievable. Tapi, colleague aku, Kak Rus, nak cuti bersalin minggu depan. Dan kau tahu yang kau akan nak jerit shit bila orang orang tempat kau bergantung hilang. And worse, Kak Rus hanya akan balik April nanti. Whether this is for good or bad, I am yelling "paradigm shit!".

Tentang love.. ini aku langsung malas nak assume apa apa. Bosan. Aku tak nampak lagi dah mana mana prospek yang boleh aku depend on. Unless..unless article yang aku baca tu maksudkan aku bakal jumpa, you know, different kind of love. Passion dalam photography. Mungkin art. Mungkin music. Paris. That's not so bad I guess. But, tipu gila kalau aku kata tak nak fall in love with a man ever again. Ini kan hidup? Harapan dan realiti selalu tak geng, beb. Realiti la setan yang ajar aku jadi hati batu macam ni.

Lantak pi apa nak jadi. Kalau kawan kawan aku nak kahwin, kahwin la korang. Kalau kawan kawan aku nak blah from Malaysia, sila sila. Aku, akan menyusul kemudian. Bagus jugak korang semua ke serata pelusuk dunia. Bila aku backpack nanti bole la aku save duit ada tempat tinggal free. And anak anak korang semua boleh aku foster kan. Tak payah aku susah susah rasa sakit beranak.

Apa pun aku pasti, tahun ni adalah tahun aku  melunaskan janji janji aku tahun lepas...

Er...nak jadi Luna Maurice.

Luna ni macam, lagi best sikit daripada si.boolat.

:)

Hanya satu pintaku



...tuk memandang langit biru ~

(cello & piano playing)

oh lagu lagu yang magis & tragis.
Gretchen,

Thanks. Your happiness project helps. Really.


si.boolat.

!

Aku tak faham.

Aku tak faham.

Aku tak faham.

Faham tak?

I Go




photo by Rab
Some things have come apparently clear to me, while  major parts in my life, still stay the way it has always been – dark and messy.

Within a split  2 weeks duration, it’s amazing how I can loose almost, everything. And it also astonishes me how my  faith, knowledge and experience did nothing to untangle these layers after layers of mess. Except maybe, what I know only keeps me hanging in here. Just, hanging. Not dying. But hanging.
Which is worse than dying,  if you ask me.
So here’s what I plan  on doing..
Just get on it.
Aarn taught me that. Last weekend during N’s wedding reception in KL. We were raping all the foods on the table, when my throat went dry on me. I asked Aarn if there was any air sirap left. And there was none. And it was hot as hell.
“That’s just swell” I said.
But Aarn..he didn’t provoke the situation with a cynical reaction like I did. Instead, he picked up the jug and went straight to the caterers and brought back to the table a jug full of air sirap.
“Don’t wait, go direct to the source” he said, cynically.
Noted, boss.
Fucking noted.

P,

I think I need to return back your phone.

I actually enjoyed the idea of not depending on my mobile phone.


xoxo,
si.boolat

Nothing, rules



The most boring thing in the entire world is nudity.
The second most boring thing is honesty.

Blargh!

Smack the bitch(es)



Orang lain tak perlu tahu apa pun yang aku fikirkan dan kenapa aku buat apa yang aku akan buat atau telah buat.

Jadi jangan tanya aku soalan macam "kenapa kau beli kamera macam ni?" atau cuba beri nasihat tentang aku patut berhenti merokok, aku tak boleh terlalu choosy, aku perlu sembahyang, aku perlu pakai tudung untuk lelaki suka aku, aku kena buat itu atau aku kene buat ini..

Mungkin intention mereka baik but for heaven's sake, tolonglah bawa sikap holier than thou kau tu jauh² daripada aku. God damn it, I sooo cannot care lah!

Aku dah 26 tahun. Oh maaf, 27. Aku seorang yang literate dengan ilmu. Aku bekerja di bidang professional. Dan aku gaul dengan pelbagai jenis manusia yang berlainan jantina, sex orientation, agama dan umur. Aku bayar hampir segala yang aku ada dengan duit aku sendiri. Aku bayar (dan masih akan bayar) setiap hutang yang aku ada samada dalam bentuk duit atau apapun. Jadi, aku pasti, aku boleh jaga diri aku dengan baik.

Does that make me perfect, though? Hell no. But does that make me better than those people yang tanya aku soalan² macam di atas? Kinda.

Sebabnya?

Because clearly orang² seperti di atas judgmental dan hanya hidup di lingkungan orang² seperti mereka sahaja. Because I know myself - what I feel, what I think, what I value- better than anybody in this whole fucking world. Because mama papa aku pun tak pernah questioned what I do for myself, so who the fuck are these people yang aku tak pernah kenal rapat pun sibuk nak mempersoalkan pilihan aku? Because walaupun aku ni seorang yang nampak macam tak beradab, sekurang²nya aku jujur tentang siapa aku dan fyi, aku masih boleh menundukkan kepala dan badan bila berjalan di depan orang² tua.

Aku atau sebetulnya semua manusia, tak perlu pakai tudung, sembahyang, berhenti minum atau hentikan kegiatan seks bebas atau apa pun semata² untuk menunjukkan kebaikan diri. Value tentang kebaikan tak perlu dibatasi dengan itu semua. Dan kalau kita semua belajar untuk tidak menghukum seseorang berdasarkan penampilan atau kepercayaan, then the world is already half way to real peace and freedom.

So here's my tip to those who wants to mess with me but don't want me to mess with em' - Hal² kain dalam gua, biar gua yang jaga.  Lu, jaga kain dalam lu. Kalau gua nak lu tolong jagakan kain dalam gua, gua akan mintak, ok?

Peace.

Mimpi



Dia aku lihat dari kejauhan. Leka bersama lensanya. Dan seorang kanak² kecil. They couldn't care less about anything, like nothing can touch them.

Cuma aku, dia dan kanak² kecil itu, di tengah padang yang luas dan hijau.

...

Aku terjaga akibat cahaya bulan yang extremely terang. Menyuluh mata aku macam torchlight dengan jarak dekat.

Berat nih.

Girls (Like Me) Don't Cry No More




Travis, leraikan kekusutan aku malam ini dengan bait² lirikmu yang menyedihkan itu. Biar aku pejam mata rapat², dan lepaskan lelahku dalam tidur. Daphne Loves Derby, akan aku putarkan lagu Pollen & Salt berulang kali sampai satu dunia bisa rasa kesedihan hati aku melihat dia, painting daffodils by the sea, without me. Saycet, alunkan not² dreamwave lagu Chromatic Bird dan bawa aku ke langit tertinggi semesta, supaya aku bisa perhatikan betapa dunia begitu kecil, dan aku tak perlu takut dengannya.The Stone Roses, dendangkanlah aku dengan kesemua irama² madchester beradun cockney-mu yang pekat itu, agar aku bisa kembali ke era di mana rock masih roll.

Blackbird, ajarkan mata aku yang takut untuk melihat agar aku bisa lihat keindahan semula. Pelukis² komik yang agung, tongkatkan tanganku ini biar aku bisa melukis setiap keajaiban dan kesakitan. Bunga² ros putih dan merah, jangan pupus baumu di muka bumi ini agar aku boleh menarik nafas dalam². Cotton on, teruskan mencipta ballet flats yang amat selesa itu dengan rona² warna terang menghiburkan, supaya kaki ini tak lelah menempuh jalan² gelap. Fuschia, what a color, what a feeling. Chuck Palahniuk, what a writer, what a thinker..

Dan kau, di mana pun kau berada - ingat, yang aku perlu terus khayal begini hanya semata² untuk meneruskan hidup tanpa kau.  

Sial kan?
Dear P,

Thank you for being there, sacrificing what you need when you don't have to.


Your amigo,
si.boolat

Birth vs Death




Semakin hari, dada aku makin sempit. Semakin hari, otak aku makin berdenyut. Semakin hari, kebanyakan manusia kelihatan lebih menjengkelkan. Semakin hari, hidup makin mencabar kewibawaan aku sebagai seorang survivor. Semakin hari, aku makin tidak percaya akan kewujudan sebuah happy ending. Semakin hari, aku lemah dan rasa gagal bertarung. Semakin hari, aku jadi kecil di tengah² realiti yang tiada boundary mencipta jalan untuk menjatuhkan semangat aku. Semakin hari, sayap imaji dan pelangi mimpi aku makin jauh dan kabur, lesap di sebalik awan kelam. Semakin hari, cinta menyepikan diri, takut untuk berdepan dengan ini semua. 

Dan aku hadapi ini semua dengan sober - tiada alcohol, tiada substance, tiada musik, tiada harta, tiada guidance, tiada jalur lebar, tiada social networking, tiada teman - hanya aku, lensa blackbird, otak dan sisa² old soul yang masih berfungsi.

Akibatnya?

Aku jadi a completely different person than when I was born, or when I was in high school, or when I was in college, or when I was anybody that you've ever known.

 My birth is a mistake I'll spend my whole life trying to correct.

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space