Aku betul-betul seorang diri di department ni, pada 7:27 malam. Seorang lagi colleague aku, sedang ke kedai terdekat untuk beli air buat berbuka puasa.
Aku tak puasa. I mean, aku sahur macam orang yang berpuasa, aku tak makan macam orang berpuasa, aku tidak memasukkan apa-apa pada rongga badan macam orang berpuasa, tapi aku hisap rokok. Aku juga pergi lunch bersama K untuk merokok siang tadi di bangunan MAS. Oh ya, hari ni juga F panggil gelarkan aku sebagai seorang yang ego. Dia dah minta maaf. Aku dah maafkan dia. Tapi itu la, kadang-kadang terngiang-ngiang ayat busuk tu kat telinga aku. Berdesing!
Di atas meja aku ada satu bubur lambuk, dua murtabak, dan satu majalah yang aku pun tak tahu kenapa aku beli.
Q offer aku air oren yang nampak sangat menggiurkan tapi aku tolak. Pelik.
Of course, how can I forget - hari ini, aku dapat kad raya pertama dari En.Z, ex-big boss aku yang amat aku kagumi. Pembuka katanya "Saudari Rina". Tapi di sampul, nama aku ialah Wan Mazrina Wan Ali. Salah sangat ya En. Z! Tapi takpa. He's hot. This chap is the newly appointed CEO of Danajamin.
Aku nak balik, tgk dvd, tidur dan tak mahu bangun sampai tahun depan.