ephemeral

FYI, those are lights in Pavillion
Bunyamin, we're meant to lose the people we love. How else would we know how important they are to us?

dream pop

Aku harap, suatu hari nanti di masa hadapan, aku akan imbau kenangan yang lampau, dan cakap “terbaik”. Sebab sekarang, di masa kini, aku toleh ke belakang dan merenung masa hadapan dengan satu perasaan yang entah apa, tapi yang pastinya bukan sesuatu yang happy. Masa aku sekarang banyak dihabiskan dengan kerja yang deal dengan manusia2 demanding, membaca risalah2 berat dengan harapan dapat memberi aku jawapan kepada ketidakpastian hidup aku, makan pizza yang maha gemok dengan cheese, berparti tanpa henti selama 2 hujung minggu yang panjang dengan vodka manis, teringatkan Dia yang aku ramal akan bertemu semula tapi tak kunjung tiba, dan ... well, mengadap seorang teman gila setiap hari sebelum, sewaktu dan selepas kerja yang aku rasa dia juga sama lost-nya macam aku. Aku bosan. Sumpah aku bosan. Seorang Gemini macam aku tak boleh toleransi dengan routine. Seorang Gemini macam aku, perlukan sesuatu yang lebih. Bukan aku tak bersyukur, sebab sekurang-kurangnya ada orang yang sanggup berkawan dan menemankan aku bila aku bosan, masih lagi tidur beratap, dan makan makanan yang mungkin hanya mimpi buat orang-orang di Gaza. Sumpah aku bersyukur. Tapi aku juga bosan. So, for the last few weeks, aku cuba explore benda2 yang aku tak pernah buat or dah lama tak buat. Aku emelkan surat eletronik kepada team penerbitan sebuah zine, dan pesan kesemua zines mereka, yang ironiknya ada feature-kan 2 orang yang aku pernah mabuk dan dot dot dot bersama. Aku juga emelkan surat elektronik kepada seorang wanita, yang aku jumpa di PWTC Youth Fair, memesan dress tonga biru berharga RM99 yang sangat cantik dan lama aku idamkan. Dress aku dah dapat, dan aku sangat happy dengan itu. Zines aku belum dapat lagi, tapi aku pasti akan happy bila ia tiba. And semalam, aku pergi buat treatment rambut, hanya kerana aku ada duit lebih and aku sangat perlukan ketenangan fikiran. Aku keluar almost every Friday ke kafe penuh dengan Jantan dan juga ke kafe Batu Keras, bersama teman lama dan baru untuk aku ketawa. Aku keluar bershopping segala macam kelengkapan untuk badan dengan harapan aku akan tampak attractive(uff) selalu. Dan banyak lagi… See, aku cuba mencari sekelumit happiness dengan semua itu, dalam gumpalan2 keresahan aku. I did try. I fucking tried. Kemudian tiba hari ini…sedang aku menjamu makanan tengahari yang dibayar of si F (cheers dude!), dia berkata: “I need to find a girlfriend” “Ko carik buat apa dude. Carik carik carik, bila dah jumpa asyik salah je. Tunggu je. Kalau betul there’s someone for everyone, then it’ll happen” aku menjawab. Tapi terus-terangnya, aku sendiri tak sure kalau jawapan aku itu tepat. Terus, sampai ketika aku menulis ni, kepala aku tak berhenti berfikir. Perlukah kita mencari atau tunggu untuk dijumpai oleh seseorang? Sebab, aku dah cuba kedua-duanya, and hasilnya sama. Aku di sini, masih sendiri menjalani hidup. Tiada lagi malam2 di mana aku berbual tanpa henti mengadap teman sehidup semati di sebelah. Tiada lagi hari2 di mana aku akan bangun pagi, mengadap orang yang sama sambil berkata “This is perfect“. Tiada lagi saat2 di mana aku boleh bersandar di bahu sambil melayan dvd. Instead, aku tido setiap hari bertemankan samada KAFKA, kotak silver yang bersuara itew atau menyelak foto2 zaman kegemilangan kuno di handphone aku. Bangun pulak bertemankan cahaya lampu bilik air bila si F dah bangun untuk mandi sebelum kami bergerak ke tempat kerja bersama. Begitulah setiap hari aku, selama hampir 2 bulan sekarang. Nasib baik jugak si F ni tak ketandusan lawak spastiknya. Kalau tak, aku dah lama benamkan kepala aku dalam dinding. Erm. Dear NASA, Put me in a satellite, and I don’t ever wanna come back down.

Mem(beluncas)

hope has sailed
Setiap hari. Gagahkan diri. Harapan menggunung tinggi. Tidak mahu mati lagi. Tidak mahu basi. Tapi, siapa peduli? Orang mengata, orang mencaci. Aku begitu, aku begini. Benci. Sang gagalist ekspresikan diri di dalam belenggu duniawi. Ah, aku lali. Lali yang membebalkan ini bakal buat aku mati. “Tapi aku mahu hidup seribu tahun lagi!" teriak sang puisi. Sepi. Sendiri. Sang arjuna tinggalkan dewi. Cerita lapuk yang menjerat situasi. Hanya diri dapat mengisi kelapangan ini. Diri yang penuh emosi. Tragedi. Penat sudah mencuba, aku hanya menanti. Masa berlalu pergi. Aku mahu pergi bercuti bertemankan ombak dan embun pagi. Sampai waktu aku ketemu dia lagi, akan ku kecapi. Tapi segalanya, entah kapan kan mendatangi. Persetankan!! Aku mahu jadi Banksy!! Lenyap di dalam keagungan illuminasi seni. Veni, vedi, vici!! Aku belum kalah lagi!

Setelah 25 tahun, 8 bulan dan 10 hari menjalani hidup (minus 6 half-dead years), aku masih terlampau tidak pasti tentang segala-galanya II

Krul’s tee worn in Long Beach

Kenapa aku rasa best bila aku ingat pasal Dia, walaupun kebanyakan yang aku boleh ingat pasal Dia hanyalah saat² dia tinggalkan aku and betapa sakitnya bila dia tiada di depan aku? Bodo ke aku? ... Sebab... That 'love thang' memang akan selalu buat kau rasa begitu… Ia akan selalu buat kau cukup happy walaupun kau hanya mengagumi Dia dari jauh dan dari dalam hati. Susahlah!

Setelah 25 tahun, 8 bulan dan 10 hari menjalani hidup (minus 6 half-dead years), aku masih terlampau tidak pasti tentang segala-galanya.

LOVE IN MY SOUP
Di kedai usang, sambil menjamah mee kemerahan yang membuat lidah aku tiba-tiba terasa pedas, F menjawab pertanyaan aku tentang ... the L word. “…Love is when you feel special. Love is when you feel like you want to change. You want to be better. You want to take care. Your world revolves around her (or Dia). Her (or Dia) world revolves around you. Love is when she (or Dia) makes you feel important. Important ye to make you feel important! Love is being lost without her or him. Empty without em’. Love…uff..panjang dude, banyak!” Cliché. Yeah. Love is so cliché that it’s so good. You can ask Kamal di Neraka-nya. Tertarik sedikit bibir aku ke kiri. Menampakkan senyum aku yang berbaur sinis. Mata aku, terus dan bolos ke depan. Kosong. Tapi otak masih kekal menanalisa apa yang dibebelkan F tadi. “Exactly dude...“ aku balas tanda setuju. Empty without em’. Ayat itu terus terngiang² kat kepala aku. Sakit. Writing bout this is always hard. Sebab ia akan bawa aku ke satu perasaan yang bak kata si P, “BAHAYA”. Dada aku dah mula rasa berat. I need a jiffy. (TO BE CONTINUED)
 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space