Auld Lang Syne
Resolute
I and Love and You
Blackbird, Fly #2
Idiotique
So why is it necessary for me to share you this?
Cita² #1
Angel(s)
But love you, regardless.
Merry Christmas. :)
The Dangerous Stuff #1
You do your way. I'll get on with mine.
Bak kata F, "If this is a chess game, it's his turn to move".
Berhati-hati dengan apa yang kamu minta, love.
Gila(kan kau)
Blues vs Booze
Blackbird, Fly #1
Inilah hasilnya Si Blackbird 'Ponypink' aku.
Boost vs Beast
My Girls
It has only been less than 3 days I'm in KL and I've been missing our lil' roadtrips recently, already.
I wonder...kalau korang semua dah terbang oseas, dengan siapalah pulak aku nak buat all the girl stuff. All the latest gossips, all the madness shopping, the countless photo gediks..
What would I do and be without all of you?
I wish nothing have to change.
Love you gals!
Seriously.
xoxo,
si.boolat
Sorrow
m.o.j
Dan lagi, aku memang pantang, bila two in so-called-love, asyik² bergaduh, lepas tu gaduh depan aku. Aku bosan gila dengan semua tu. Tolonglah fikir, betapa luckynya yang kau ada somebody to call bf/gf. Macam aku dengan honest pernah bagitau seorang teman, "I wish my bantal busuk is a real person". Kalaulah aku ada someone to spend my life with right now, sumpah, aku paling cuba pastikan untuk tidak be in a fight. Not in front of others, the very least. Aku akan always mahu try bercakap dan berbincang dengan baik. Ideally that is.
Jadi? Kenapa masih ada orang ingat aku ni tahu pasal relationship? Bila aku hanya ada relationship dengan diri aku sahaja?
Yang aku paling pasti, though, aku hanya boleh jadi seorang kawan yang setia. Kalau sesiapa kejutkan aku pukul 4 pagi pun, aku tak kisah untuk bukak mata, duduk dan dengar masalah (kalau ada) mereka. Sebab, aku faham manusia perlu berkongsi. Agar mereka tak rasa lonely. Dealing with all the shits in this world on their own, is shitty. And as a matter of fact, for that person to come to my room just to talk, it's quite an honor.
Itu, pelan prabayar hidup paling mudah, beb! (Untuk aku, buat masa sekarang).
Samfampulful
Aku bukan mahu berkira. Macam aku pernah baca, "If you want to give, make no calculation". Meaning jangan mengungkit. It's not cool.
It still is not cool.
Tapi ini... fate yang macam ni, aku langsung tak boleh terima. Sebab aku tahu aku dah cuba. Dengan seribu kederat! And yet, benda² macam ni boleh jadi. In the end....?
Don't I deserve just a lil' bit of...mercy? Sudah-sudahlah menghukum aku, kosmik alam! Percayalah, kalau kau tunaikan permintaan aku yang ini, aku akan..
No, I can't count on anything, anymore.
Terus
In fact, aku bakal pulang sebentar lagi dengan satu perasaan yang membuak. Tak tahu apa, tapi ia seolah menolak aku untuk bangun dan bergerak. Semacam satu perasaan yang berani.
Aku perlu jalan terus.
Kalaulah..
Jadi?
Kau
Lompat
Hapus Aku
How to Disappear, Completely
oh.
The Good Stuff #12
Pain vs. Pleasure
Itu kata Chuck Palahniuk dan aku hanya boleh kata "Itu hidup la, dude!".
Por Favor
Buku yang Buntu
Haritu, dan Semalam.
Semalam adalah hari yang sedikit baik, berbanding 3 hari sebelumnya. Aku sangat malas nak huraikan apa jadi pada aku 3 hari lepas. Aku juga penat nak ceritakan kenapa semalam adalah lebih baik.
Yang penting, antara pembelajaran aku dapat (dari semalam) yang kekal benar hingga kini - kawan(baik), member(kamceng), teman(rapat), sahabat (handai), gang (sepermainan), atau apa pun yang kau gelarkan – mereka itu pada aku adalah talian perkhidmatan (atau kecemasan) TER-baik yang kau boleh hubungi dalam hidup ni. Everything else just comes and goes. Tanpa mereka, uff! aku tak mahu bayangkan.
Lagi satu – always, always ‘protect’ diri kau sendiri sebelum kau bersusah payah untuk protect diri orang lain. Betul, ini pembelajaran yang selfish. Pembelajaran yang mungkin masih gagal dibuktikan sebagai feasible bila kau sedang madly in love with someone. But believe me. Kita hanya ‘sakit’, sebab kita tak jaga diri sendiri. Dan manusia-manusia yang menyebabkan rasa ‘sakit’ kau itu sebenarnya sedang mengaplikasikan pembelajaran yang sama aku sebut tadi. Sebab itu mereka nampak tidak frust tertonggeng macam kau. Sebab itu mereka kelihatan nonchalant. They move on and you still stuck on the same day and time that he/she left you. Jadi, sebelum kau jatuh (sakit), baik sediakan cushion di sekeliling kau dulu, beb.
Why it's harder for you to be happy now than when you were a kid? Why why why? Go back to basics. Simplification lessen the mess. Start breathing. That will slow things down. Multitasking is actually bad. Always, tackle one thing at a time. If you get that, then kau akan nampak dan faham kenapa life is beautiful.
Semua itulah yang aku dapat, selepas beberapa jam berbual dengan Arn & J, di satu lorong gelap penuh dengan manusia pelbagai rupa dan konflik mereka sendiri, semalam.
Biadap
"Tak ada apa yang special pun gambar² ni. Ada gambar gelap, ada bergoyang, so akak still nak print semua ke?" kata Budak bermulut lancang, bangga.
Aku sambil melihat negatif filem, tersenyum sinis dan membalas "Are you a photographer?"
"Er..Tapi saya dah lama kerja kedai ni" Budak bermulut lancang, defensive.
Aku senyum lagi. "Saya tanya awak sekali lagi, kali ni dalam bahasa me-layu, awak seorang tukang tangkap gambar ke?"
"Tak" Budak bermulut lancang menjawab, tewas.
Sejurus selepas aku dah confirm untuk print gambar² tadi dan sebelum aku berambus dari kedai tu, aku sempat berpesan secara 'baik' (*kalau ini movie si Quentin, aku dah lama ambil pedang dan belah kepalanya*) pada Budak bermulut lancang:
"Dengan client, jangan sesuka hati bagi comment kalau diorang tak mintak. Pendapat awak tak penting langsung pada diorang. Dan lagi, apa yang tak special pada awak, mungkin special pada photographer tu. Bekerja di kedai foto tak menjamin langsung yang awak tahu tentang fotografi. Untuk seorang yang bertudung, saya sangat amazed dengan awak yang tak ada clue langsung tentang adat bersopan. If you talk less, then maybe you can get your job done and make your customer happier"
"Er, ok..sorry" Budak bermulut lancang, sekali lagi, tewas.
(*menoleh dan tersenyum, puas*)
Percayalah, ramai lagi orang macam ni kat luar sana, beb!
Bachelorettes
Seorang teman bakal meninggalkan negara ni sejurus selepas dia berkahwin.
Terus-terang, aku tak sedih sebab dia nak tinggalkan Malaysia ni. In fact, aku memang galakkan dia keluar dan pergi sejauh mungkin dari negara yang membosankan ni.
Aku cuma sedih, mengenangkan betapa Cinta selalunya memerlukan satu pihak untuk berkorban lebih banyak daripada yang lainnya. Teman aku itu sanggup meninggalkan negara, keluarga, the gangs, ubah gaya hidup, dan berhenti kerja, atas nama Cinta, beb. N pada aku, is a true warrior. Gamble everything, and hope for the best.
Aku hanya harap bakal suaminya betul² sedar dan appreciate apa yang teman aku ni dah korbankan, and count his blessings. N, kalau bakal suami kau lupa, sila ingatkan dia!
Itu bukan mengungkit. Itu, ubat anti-pelali untuk manusia² yang mudah lupa!
Crucify the insincere, tonight!
Unborn
Duit, bukanlah satu ciptaan yang baik untuk manusia. Sama macam MTV. Sama macam Hollywood. Sama macam Starbucks. Sama macam Mat Rempit. Sama macam trafik jam. Sama macam tempat aku kerja. Sama macam orang2 di tempat aku bekerja. Sama macam Raja Lawak. Sama macam orang yang tak mengenang budi. Sama macam orang berlagak. Sama macam burung yang suka berak merata. Sama macam semua benda yang buruk yang aku atau kau boleh bayangkan.
Benda yang baik pula adalah Cash Converter, rojak dan cendol Jalan U-Thant, mee mamak Farzana, megi goreng tingkat 5, kawan2 normal yang faham dan appreciate friendship, kawan2 pecah yang ramah dan bebas, barang2 mainan antik, kamera2 lama, baju2 old school yang murah, buku2 yang ditulis oleh orang2 di bawah pengaruh substance yang kuat, musik2 punkrock ambient psychedelic folk anti-folk rock&roll intelligent classical baroque, movie2 P.Ramlee, movie2 dari France, bilik yang penuh memori dan art, wajah2 yang tidak tipikal, style pakaian yang pelbagai, gambar2 lama mama dan papa, adik aku sedang bermain piano, orang yang sedang menangis, orang yang sedang in love, orang yang sedang depression, orang2 yang boleh di bawa berbincang, teman2 yang boleh di ajak berbual, stranger yang memuji stranger, Paris, eu de parfum, lelaki yang harum, lelaki yang humble dan pakai boxer, stranger yang menolong stranger, stranger berbual di atas kerusi sambil tunggu lrt dengan stranger, hujan renyai2 yang sejuk, air kopi hitam pekat, dan mereka yang pernah hidup di zaman 1940-an.
Ternyata aku dilahirkan di satu tempat dan zaman yang salah.
Oxytoxin
Al-kisah..
Malam tadi, lepas dinner. Aku pulang ke bilik dan mengelamun panjang. Sambil melihat Pink-Blackbird itu. Macam² aku dah bayangkan. Dan aku dapat rasakan yang Pink-Blackbird ni lah freedom aku. Si kenit berlensa dua ni lah yang akan bawa aku ke dunia yang orang lain tak pernah tahu. Biarpun ia tak semudah dan secanggih kamera lain yang tergantung di leher² sang trendy, di luar sana. Biarpun aku kene mula beli film dan process macam kamera dulu². Biar orang kutuk dan memperlekehkan. Ada aku kisah?
Ok, aku mungkin kisah pasal satu benda.
Aku takda scanner nak upload semua foto² tu dan letak di sini. Teknologi hanya bagus untuk orang yang berduit, damn!
Let Me Be
Aku sangat bosan dengan perangai manusia. Aku sangat bosan dengan perangai aku. Aku hanya seorang manusia yang bosan.
Sebab itu bila seorang teman baru dapat berkongsi ilmu dan cerita tentang kamera Blackbird Fly yang aku bakal dapat esok, aku jadi sangat tidak hirau tentang perkara lain. Maaf, kalau aku bukan seperti seseorang yang orang lain selalu harap aku akan jadi. Sebab sebetulnya, aku bukan saja tidak boleh jadi macam yang orang lain mahu, aku sendiri tak mahu jadi diri aku buat sementara waktu ni. Jangan harap untuk aku takut atau mengiyakan apa yang orang lain mahu aku percaya, sebab aku tidak langsung percaya pada sesiapa pun saat ni. I am so over being pushed.
Aku hanya mahu jadi orang lain, yang tidak hirau tentang apa pun. Pada aku, dunia yang terbaik adalah dunia ciptaan aku sendiri. Dan dalam dunia yang lain itu, cuma ada art yang quirky. Musik yang bingit, bingung tapi intelligent. Orang² yang bebas dari undang² typical society. Cinta yang tak terbatas. Setiap manusia bebas ber-individuality tanpa perlu risau akan judgement. Tiada lagi perang atau pertelingkahan sesama sendiri. Air crystal yang intoxicating adalah air kosong kami di sana. Manusia dari zaman hippies dan film noir adalah hantu-hantu yang hidup kembali. Rumah setiap kami adalah rumah setiap orang. Lonely souls pula adalah god.
Biar aku macam ni.
Hollow Wanders
Baju sendat putih, tak berlengan, seluar skinny biru terang, tali pinggang hitam di bawah paras dada tapi atas sikit daripada pinggang, kasut ballet flats hitam, rambut ber-fringe di dahi, paras bahu lepas bebas dan semestinya, badan gemuk.
Imej itu ternyata boleh membuat ramai orang menoleh. Mungkin mereka fikirkan 'Horror gila!', or 'Confident-nya dia!' or whatever.
Manusia memang judgmental. Sama macam aku yang selalu fikirkan apa yang orang lain fikirkan bila mereka pandang aku.
Momentary Lapse
Goosebumps, akibat cuaca sejuk ciptaan man-made. Anxious, pada masa dan Dia. Takut, pada perasaan sendiri dan own ability to bounce back. Paling benci, past lives menghantui. Serabut, menggambarkan imej² tentang apa yang bakal terjadi. Tenang, bila mengenangkan yang it can't be that bad. Lega, bila ada lebihan si Russkov. Lega, duit masuk Sabtu. Excited, untuk beli Blackbird. Catch-22, ditelan matiku, diluah pun matiku. Beri, aku sebab untuk teruskan. (God, this one's for you!) Mahu, hidup macam aku akan mati besok. Terpulang, pada aku. Jangan, gagal pada fear. Never, stop trying. Use, what's been given to you. That's all you can do.
si.boolat
Rasanya macam kau nak dengar mp3 kegemaran kau, tapi mp3 tu dah corrupt.
Semakin ramai blogger yang dah MIA.
Oh, come on!!!!
Σ
E-mel Berani Mati
xx,
I don't think I need to sign the paper. xxxx's rectification paper doesn't require him to sign. Why should I? All this while I've been doing all the donations paper and whatnot, I never get to sign under "Prepared by", as a matter of fact you get all the credit for other people's work by signing under "Prepared by" when it is prepared by somebody else. I don't appreciate that you're trying to get me to sign and put me to blame, in this matter.
(si.boolat)
Sial.
"Kalau aku nak rogol perempuan, aku akan pilih yang cun², body slim² ajer" kata Pakcik Tua bermisai tebal yang hodoh, lantang.
Aku lalu di sebelahnya.
"Bukan macam tu" si Pakcik Tua yang sial dan tak sedar diri menyambung, sambil ekor matanya memandang aku yang berjalan terus ke lif.
Aku naik lif, tersenyum membayangkan Pakcik tua tu kene langgar dengan lori bawa babi kejap lagi.
Holier Than Thou
Aku tak perlukan kamera yang mahal atau canggih, untuk rakamkan memori dan berikan aku satu perasaan best, macam pagi itu.
Ditemani pula dengan bunyi²an khayal Saycet, pemberian seorang anjing liar yang sensitif hatinya, momen² yang aku alami saat itu jadi terlampau..
Holy.
Ain't nobody can touch this one.
Everything Changes
*Sila rujuk entri dan disclaimer 'The Bad Stuff #3' untuk faham apa yang aku cuba sampaikan:
P called. Exactly, after I hit 'Publish Post' of 'The Bad Stuff #3' entry.
The fact that he called, changes everything - I will NOT stay in my room tonight.
And Papa, I love you. I'm sorry, that I'm such a failure to you and Mom.
Dan Tuhan, kau memang suka test orang kan? Hehe. Memang kau kelakar.
The Bad Stuff #3
Today is Friday night. The night that many, like me, awaited most.
Tapi sumpah, selepas berbual dengan Papa aku tadi, aku tak rasa nak buat apa pun. Semua idea dalam otak aku untuk have fun malam ni terus padam, macam sebuah pc yang crash.
In fact, malam ni selepas pulang dari tempat-kerja-mewah-yang-tak-membantu-langsung-ringankan-beban-aku, aku hanya mahu berkurung dalam bilik dan tidur sampai besok pagi. Sambil hati aku menangis.
Tiada apa yang maha tentang Tuhan! Tuhan adalah kejam dan tak adil langsung!
Disclaimer: If one person talks/sms/calls me tonight and say everything will be okay, I will get up and get out from my room.