Sabtu, malam Ahad...aku tak kenal siapa aku.
Aku fucked-up...sumpah aku mabuk.Dekat Planet.Penangan Bombay Sapphire.
Aku minum. 5 gelas. Tak mau menari. Sumpah tak mau. Tapi Bombay paksa. Benda jahanam tu paksa aku jadi orang lain. Bukak langkah. Menari. Macam sial. Menari, menari...tak ingat dunia.Orang datang.Peluk.Ajak aku menari.Tapi mata aku lelapkan. Aku buka mata, dunia pusing. Macam spinning jenny.Macam spinning table. Macam tayar basikal. Macam..menakutkan.
Kawan kawan aku sama mabuk. Kecuali K-rel. Dan Fun. K-rel tak mabuk.Malam tu, first time dia teguk kencing setan. Tapi dia baik (Fun pun baik). Kena sekali, dia (K-rel) tak minum lagi. Tapi aku minum lagi.Dan lagi.Lagi. Sampai di halau keluar dari neraka jahanam itu. Yang penuh poseur. Penuh penipuan. Menghabiskan duit gaji kerja buta aku.
Aku dipimpin keluar dari situ. Dipapah, macam... gorilla kesakitan. Berat. Longlai. Kesian K-rel & Fun. Malam tu, mereka bekerja untuk aku dan seorang lagi.
Seorang lagi ni, teman dahulu. Tak begitu rapat. Tapi satu Malaya ni kenal dia. Dia Rockstar. Dia penah keluar suratkhabar. Dia pun fucked up, macam aku. Dia pun mabuk, malam tu.
*Hik*
Bila di luar.Aku terduduk. Dekat tebing tak bersandar. Terhuyang (huyung + hayang). Shit. Nak muntah. Muntah. Ada orang urut belakang. Tak kenal (tapi kemudian diceritakan semula oleh Fun dan dialah manusia pengurut itu), tapi dia urut dengan lembut, sambil memerintah suruh muntah. "Muntah Seth, muntah..you'll feel better...muntah".
"Uwekkk.....wek....burpp"
Shit. shit. I hate puking.
Lepas tu, diorang semua pegi beli satay celup kat seberang jalan. Fun suruh aku makan. Aku tolak tangan dia. Aku sorang-sorang sekarang. Rasa hening. Walaupun ada segelintir lagi manusia di keliling. Rockstar itu pun terduduk di sebelah bawah tebing tu. Terduduk.
Hehe...he looked so silly sitting like that, rambling his own music...gosh, you're so damn punkrock!
Lalu aku berjalan terhuyang, pergi ke satu tempat tuk bersandar. Mana ntah tempat tu, tapi aku tau aku tak jalan jauh. Terduduk aku di situ. Diorang datang semula dengan makanan. Fun di sebelah aku. Terus aja kepala aku melentok ke dia. Tiba² phone dia berbunyi (I think). Kepala aku dialihkan. Aku dengar mereka gelak ketawa. Tapi aku tak ingat apa pun.
Tiba-tiba Rockstar tarik badan aku. Kepala aku di bahunya. Tiba-tiba lagi...die terus.... *******!!!
Bayangkan, aksi-aksi itu, di tepi jalan Planet. Segelintir manusia lalu-lalang, ternganga melihat. Seriously...time tu aku tak kenal siapa aku lagi. I'm just lost in all that raunchy action.
Nasib baik jugak kau handsome, Rockstar. Kalau tak, menyesal jugak aku. Fucked-up, mabuk, menarik dan berani, pada mulanya. But the after feeling...pfft...macam sampah.
Rockstar itu, kawan Dia. Yang aku baru jumpa semula selepas jangka masa yang cukup lama. Dia. Semua ini kerana Dia. Aku takkan tipu korang and cakap "takpe, citer lama, aku dah maafkan Dia".
Truth: Aku tak tahu kalau aku bisa lupakan atau maafkan Dia, selagi Dia tak tahu apa yang aku dah lalui selama 5 tahun tanpa, Dia. I can't. I dig him too damn much.