oh.
The Good Stuff #12
Pain vs. Pleasure
Itu kata Chuck Palahniuk dan aku hanya boleh kata "Itu hidup la, dude!".
Por Favor
Buku yang Buntu
Haritu, dan Semalam.
Semalam adalah hari yang sedikit baik, berbanding 3 hari sebelumnya. Aku sangat malas nak huraikan apa jadi pada aku 3 hari lepas. Aku juga penat nak ceritakan kenapa semalam adalah lebih baik.
Yang penting, antara pembelajaran aku dapat (dari semalam) yang kekal benar hingga kini - kawan(baik), member(kamceng), teman(rapat), sahabat (handai), gang (sepermainan), atau apa pun yang kau gelarkan – mereka itu pada aku adalah talian perkhidmatan (atau kecemasan) TER-baik yang kau boleh hubungi dalam hidup ni. Everything else just comes and goes. Tanpa mereka, uff! aku tak mahu bayangkan.
Lagi satu – always, always ‘protect’ diri kau sendiri sebelum kau bersusah payah untuk protect diri orang lain. Betul, ini pembelajaran yang selfish. Pembelajaran yang mungkin masih gagal dibuktikan sebagai feasible bila kau sedang madly in love with someone. But believe me. Kita hanya ‘sakit’, sebab kita tak jaga diri sendiri. Dan manusia-manusia yang menyebabkan rasa ‘sakit’ kau itu sebenarnya sedang mengaplikasikan pembelajaran yang sama aku sebut tadi. Sebab itu mereka nampak tidak frust tertonggeng macam kau. Sebab itu mereka kelihatan nonchalant. They move on and you still stuck on the same day and time that he/she left you. Jadi, sebelum kau jatuh (sakit), baik sediakan cushion di sekeliling kau dulu, beb.
Why it's harder for you to be happy now than when you were a kid? Why why why? Go back to basics. Simplification lessen the mess. Start breathing. That will slow things down. Multitasking is actually bad. Always, tackle one thing at a time. If you get that, then kau akan nampak dan faham kenapa life is beautiful.
Semua itulah yang aku dapat, selepas beberapa jam berbual dengan Arn & J, di satu lorong gelap penuh dengan manusia pelbagai rupa dan konflik mereka sendiri, semalam.